Salam petang yg ceria kekawan :)
Pagi tadi entri Mee Bandung , petang ni kita cuci mulut pula dengan agar-agar sirap bandung ni .. ye dak..
Kisah buat agar-agar sirap bandung ni sebab nak dibawa ke majlis hari jadi anak buah biras saya tu.. macam tak best jer datang berlenggang macam tu kan.. jadi mencari lah resepi yg mudah utk dibawa kesana. Saya buat lah agar-agar sirap bandung tu dan puding roti marble coklat tu.. Tengok duduk semeja bersama lain-lain pencuci mulut .. eehhh sebelahnya nona manis lah.. kat situ lah saya merasa si nona manis.. memang sedap lah sangat..
RESEPI AGAR-AGAR SIRAP BANDUNG
Bahannya :-
- 1 peket agar-agar serbuk
- 1 tin susu cair
- 6 cawan air
- 1 sudu teh perisa ros
- 1 cawan gula pasir
- Sedikit pewarna merah.
Caranya :-
- Didihkan air dalam periuk, lepas tu masukan serbuk agar-agar, apabila dah tak berketul masukan pula gula. Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukan perisa ros, pewarna merah dan kacau sekata.
- Akhir sekali baru dimasukan susu cair. Kacau sehingga mendidihkan, selepas tu terus tutup api.
- Masukan agar-agar kedalam acuan yg disukai.
- Selepas sejuk sedikit boleh disimpan didalam petiais.
- Siap utk dihidang.

