JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti cuti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti cuti sekolah. Papar semua catatan

Selasa, 3 Jun 2014

Mereka Masih Disini... DAURAH MASJID NEGERI... ^___^

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)
Alhamdulillah, selawat serta salam buat Nabi Muhammad S.A.W..


Kecik jer Nabil.. padahal sebaya.. darjah 1 ehe :)
Cuti sekolah ni saya masih menghantar mereka di Program Daurah Masjid Negeri.. suka juga mereka disini.. bertambah juga ilmu sambail memantapkan lagi Solat dan Bacaan Al Quran mereka..
Semasa saya nak meninggalkan Nabil selepas daftar tu.. beriye pesan "Pukul 5 mama datang ambil Nabil ye" berulang mengingatkan saya.. Ye la sayang.. takan mama nak tinggal tido kat sini pulak..




Lepas tu pergi tengok kakak berdua tu.. mereka pergi daftar sendiri.. dah besarkan.. lagi pun dah banyak kali pergi program ni.. Nabil jer baru sebab peserta program  ni bermula umur 7-17 tahun..

Masa jemput tu.. masing2 menunjukan jadual program.. yg ni jadual program kakak berdua.. 

Yang ni Nabil punya jadual, "tak sabar nak tunggu esok mama, ustaz kata esok ada tengok video.. cerita nabi " katanya..

Berbeza sungguh cuti sekolah mereka dengan cuti sekolah kita dulu-dulu kan.. Masa saya kecik dulu cuti sekolah jer puas berjalan ke rumah nenek dan makcik pakcik.. bermain bersama sepupu2.. pastu kalau tak pergi mana pun.. cuti sekolah tu tak jumpa buku langsung lah.. main jer pagi hingga ke petang, main galah panjanglah, teng tenglah, Kala Kondi, Polis Entri lah..lastiklah, main getah lah.. tak pun bagi perempuan ni main masak2 dan anak patung kan.. anak patung pun buat sendiri.. 




Rabu, 13 Jun 2012

WW : Nabil kena tempias UERO 2012

Bila Nabil terkena tempias orang lelaki demam UERO 2012 ni... susah juga nak jaringkan goal ye... tengok nabil tu beriye nak menjaringkan gol...



Isnin, 11 Jun 2012

Aktiviti cuti sekolah part 3 : Muzium Negara

Lama betul saya tak pergi Muzium Negara ni... rasanya saya pergi masa saya sekolah menengah dulu, itu pun rombongan sekolah :D. Bila saya kata dah lama saya tak pergi, mak saya kata "Mak lagi lama, dah 71 tahun baru dapat jejak kaki disini.".. Lagi dasyat mak saya kan.. tumpang anak cucu baru dapat pergi kan.. memang dulu-dulu mak memang kurang berjalan-jalan. Lama juga kami disitu hampir 2 jam, banyak sangat yang hendak di tengok, tambahan pulak ada pameran untuk antarabangsa.. tu yang lama melekat kat situ...

Pintu Masuk dari tempat parking..
Kena pusing ke hadapan untuk masuk kedalam muzium

Budak dua orang ni nampak keretapi.. sibuk pulak nak bergambar.. panas pulak tu..


 Bila dah masuk dalam tu apa lagi... bergambar jer lah.. budak-budak ni susah betul nak kawal, ikut suka jer mana nak pergi, mujur lah dah petang so orang tak ramai, boleh nampak budak-budak tu kat mana :))
Mak bergambar dgn Tunku Abd Rahman.. nak gak perdana
menteri yang pertama..

Teringat pergi menoreh bersama basikal tua .. hehehe

Nak juga bergambar bersama kapal portugis ni..


Ramai betul angkaswan dalam muzium ni... tak terbang-terbang pun di awangan :D
Cuba cari mana mak :))

Seronok betul pergi reramai ke Muzium ni...
You all last pergi muzium bila yer...

Ahad, 10 Jun 2012

Aktiviti Cuti Sekolah Part 2 : Petik Rambutan

Petang semalam dalam pukul 3.00pm kami pergi kerumah kak lang saya di Kg Melayu Sri Kundang, dekat jer dengan rumah mak saya, 10 minit sampai kalau naik kereta lah :))
Kebetulan pokok rambutan rumah kak lang berbuah, Nabil sibuk suruh petikan, Nabil ni memang suka sangat dengan rambutan ni... sama macam mama dia ehe... bagi satu bakul pun boleh habis...

Merah menyala.. masak ranum

Sebakul penuh  tur...

Close up sikit
Siapakah orang yang cukup berani memetik rambutan diatas pokok tu... cer teka... cer teka...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Kakak Nabilah punya kerja ambil gambar saya tengah petik
atas pokok tu... pokok rambutan tu rendang saja :))
Tak caya tengok gambar lagi....

Saya berdiri atas tembok pagar rumah kak lang

Dahan yang dipotong saja :D


Jatuh kebumi....
Tak lama kemudian adik lelaki saya datang... sibuk dia suruh saya turun, jatuh nanti katanya.. pada hal saya dah petik banyak pun... tapi dia sambung juga untuk potong dahan-dahan tu... dan ini hasilnya...

Mula separuh bakul..

Lepas tu bertambah...

Dan akhirnya penuh membumbung..
Tempat anda semua tengah musim buah apa ye ?... Jom makan rambutan..

Sabtu, 9 Jun 2012

Skuad Jejak Era :))

Semasa habis lawatan di Istana Negara dah pukul 1.30pm.. so masing-masing perut dah berdondang sayang minta di isi. Kemudian kakak mencadangkan makan di belakang bangunan Polis Bukit Aman dan masjid pun dekat disitu. Masa menunggu 2 kereta sampai di tempat parking, kami nampak kereta skuad era di parking berhampiran tempat kami parking. Anak buah kata itu kereta skuad era, jom kita pergi tengok...

Petugas  Skuad Era ni sibuk panggil orang ramai nak bagi hadiah tapi
kena jawap soalan yang diberi, caranya angkat tangan dan senyum baru 
boleh jawab soalan :)


Budak 2 orang di kena one two zoom dulu baru bolehdapat hadiah baju ni.. izzat yang menang  :D

Iz dapat jawab soalan Ipin Upin 

Kak Nabilah saya dah lupa dia jawap apa .. dapat biskut

Saya pula dapat baju t shirt AKU SUDI
soalan yang diberi 1x 1 berapa jawap dengan
perkataan.. saya pun eja SATU

Kak Ateh baru sampai tapi skuad era tu dah habis...
Budak-budak dapat botol air.. tu yang Nabil pegang
Saya tak pernah pun terlintas akan bertemu Skuad jejak era ni... rezeki kami hari ini dapat 6 bungkus roti gardenia dan 10 botol air twister tu... Seronok juga ... soalan yang diberi senang sangatlah...

Khamis, 7 Jun 2012

Aktiviti Cuti Sekolah Part 1 ~ Istana Negara

Kami mulakan aktiviti cuti sekolah ni dengan melawat Istana Negara yang lama tu.. kami pergi pada hari isnin 4 Jun 2012. Mulanya nak pergi hari ahad tapi kepenatan kerana hari sabtu tu anak buah saya bertunang, jadi hari ahad tu tempoh bertenang lah. Mulanya cadang nak pergi pukul 8.00am tapi bateri kereta ada saya pula "weak" so kena tunggu kedai jual bateri buka pukul 10.00am..

Kami sampai di Istana Negara tu pukul 11.00am, orang pun dah mula ramai tapi disebabkan hari isnin kurang lah sikit, kata adik yang bertugas kat situ, semalam hari ahad lagi ramai hampir 10 ribu pengujung katanya..

Mari kita layan gambar pula...
Di buka sehingga 15 jun 2012, sesiapa yang
berhajat sila pergi segera
Nabil bersama sepupunya di hadapan pagar istana

Jalan nak naik ke atas tu penuh dengan banner
Mak dengan kak lang sempat lagi bergambar

Tuuu dah nampak istana
Lepas tu berbagai aksi lah bergambar di dalam Istana tu.. Emaklah yang paling seronok, tak henti-henti ajak bergambar. Hanya bahagian balai rong seri yang dibuka iaitu tempat istiadat penganugerahan yang selalu kita tengok tu..
Pintu masuk pun nak bergambar :))
Emak bersama dayang-dayangnya.. :D
Bergambar bersama permaisuri pula :)
Lepas tu mesti dengan Raja pula ^__^

Banyak gambar yang diambil, tak boleh nak tempek semua kat blog ni... ;))

sebelum balik bergamba pula di air pancut tu hehe
Dua pengawal istana yang buta baru dilantik ehe
Jom lah pergi melawat sementara ada kesempatan ini, tak tau selepas 15 Jun ni akan dikenakan bayaran atau pun tiada lagi... nanti jadi macam Pudu Jail dulu akhirnya dirobohkan untuk pembangunan...