JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti susun atur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti susun atur. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

Aktiviti Susun Atur :: WARDROBE a.k.a ALMARI PAKAIAN ^___^

Assalamualaikum kekawan...
Alhamdulillah sudah 12 hari kita berpuasa.. semoga kita terus diberi kesihatan yg baik untuk terus beribadah dengan sempurna..

Aktiviti susun atur di bilik ini pula dilakukan masa hari sabtu sebelum berpuasa.. oder almari pakaian ni dua minggu sudah.. setelah puas mencari yg terbaik dan semestinya murah ehe :)
Ambil gambar ni kak nabilah lah.. tengok bai tu pasang almari eheh :)

Saya ambil wardrobe size 8' x 8'.. sudah separuh bilik penuhnya.. pastu komponen dalam tu banyak jadi banyaklah yg boleh disimpan.. beli ni pun sebab almari lama dah roboh kihkihkih.. ye pun zaman en suami bujang lagi.. dah 20 tahun menggunakannya.. patutlah diganti..

Pastu banyak pulak baju yg perlu disedekahkan kerana size badan dah mula membesar bagai johan hahahha.. ada dapat 2 kotak utk baju disedekahkan tu.. ingat nak hantar kat tempat kitar semula jer.. 

Setelah siap dipasang.. perghh nyaman mata.. tak lah tunggang langgang dalam bilik ni kan.. Puas hati setelah dikemas.. namun penatnya tuhan saje yg tahu.. nasib baik belum puasa.. boleh teguk air bergelas-gelas..
Nak tahu berapa harga wardrobe ni.. setelah keliling mencari .... kami dapat harga RM1,350.00.. rata-rata yg kami cari dlm lingkungan RM1,500.00-RM2,000.00 dengan size tersebut.. 
Kekawan ada beli wardrobe besar ni tak...