Klik disi utk tengok .... AKU TAK BODOH
Bagi saya ianya sebuah cerita yg penuh pengajaran... bila saya tengok watak Amy Mastura tu.. terkena jugak kat batang hidung saya.. suka membebel kat anak-anak.. dan saya sangat suka dengan watak Adibah Noor yg sentiasa positif terhadap anaknya.. walau pun anaknya hanya dapat 55 markah dalam matematiknya pun dia tetap puji anak nya dan bagi hadiah beg sebagai galakan.. kata Adibah Noor ni kepada bapa Sudin.. "anak2 ni punya kelebihan sendiri dan kita perlu lihat kepada kelebihan serta kita perlu mendidik anak2 dalam kelemahannya, anak2 juga perlu dipuji dan diberi kasih sayang"..
Bila mama dan ayahnya membaca blog anaknya Roy... baru ibubapanya tersedar dengan kata2 Roy " Aku punya keluarga tapi aku hidup seperti anak yatim piatu yg tidak berkeluarga"
Memang mencabar mendidik anak2 zaman sekarang ni kan kekawan.. tak kena gayanya dan salah didikan hancur sebuah institusi kekeluargaan tu kan...
Saya mempunyai tiga orang anak.. semuanya berbeza watak dan perangai yg perlu saya atasi.. saya masih ingat kata2 seorang doktor sewaktu saya nak bersalin Najeeha tak silapnya.." Yati cuba awak angkat lima jari awak tu, lihat berbeza-bezakan , begitu juga proses kita melahirkan anak-anak ni, mungkin yg pertama awak terpaksa dibedah dan tak semestinya, anak kedua kamu ini melalui proses yg sama" Nasihat doktor tu kepada saya..
Begitu juga dalam mendidik anak2 mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan yg tersendiri yg perlu kita ketahui..
Ini anak sulong saya Sofea Nabilah.. saya memang kena sabar banyak dalam mendidiknya.. dulu saya selalu marah dan membebel dengannya yg terlalu slow dalam membuat pekerjaan.. tak kira apa jua yg dia buat belajar ke, mandi ke, makan ke dia lah orang terakhir ..
Baru2 ni periksa pertengahan tahun ini.. terkejut saya apabila dia mendapat keseluruhan nya gagal.. rasa nak pitam saya dibuatnya.. tapi saya tak salahkan dia seorang .. mungkin kurang pantauan dari saya dalam pelajaran.. saya mengharapkan pada tuisyennya sahaja.. jadi saya terpaksa mebuat jadual baru utknya.. bila saya melihat akedemik dan agama.. dia lebih cenderung kepada agama.. lebih lagi dalam bidang hafazan.. itu lah yg dia mendapat A dengan markah 98 dan dia yg tertinggi didalam kelas.. tapi saya terlupa utk memujinya .. saya hanya mengungkit kegagalannya dalam matametik yg hanya dapat D dgn markah 43 .. aduh ini yg saya perlu betulkan dalam diri saya.. maaf kan mama sayang..
Saya perlu lebih fokus pada dia sebab tahun ni dia mengambil UPSR.. namun begitu saya tidak boleh mengharap dan memaksa dia mendapat yg terbaik.. ikut kemampuannya juga.. Teringat kata gurunya "Nabilah ini seorang yg baik dan rajin.. tetapi bila kawan lain perlu membaca sekali, dia perlu membaca 4 kali.. itulah usaha yg perlu dibuat"
Apa yg saya perhatikan dia mudah terpengaruh dengan persekitaran, dulu masa di SRI Hira` dia tidak begitu dalam pelajaran dan juga kelakuan.. tapi saya tidak boleh berpatah balik utk kesekolah lain.. biar dia habiskan di sekolah kebangsaan ini .. lagi pun ini tahun akhir dia di sekolah rendah.. saya akan fikirkan utknya disekolah menengah di tahun hadapan.. saya bercadang hendak menghantarnya ke Maahad Tahfiz bila lihat dia lebih cenderung dalam bidang agama..
Bagaimana kekawan mengatasi anak-anak ye dalam mendidik mereka.. kongsilah dengan saya ye ..

