Assalamualaikum kekawan..
Satu satu kita kehilangan murabbi.. sebelum ni Datuk Ustaz Dr Harun Din..
Sekarang ustaz Mohd Fadzli Al Yamani yg selalu ke udara di radio Ikim..
Almarhum adalah panel tetap rancangan Tahsinul Ibadah yang diterbitkan setiap Khamis, 10.15 pagi hingga 11.00 pagi di stesen radio IKIMfm sejak Januari 2014.
*Asslm.. Dukacita dimaklumkan yg dikasihi Ustaz Mohd Fadzli Al Yamani Kg Baru telah kembali ke rahmatullah.. sama2lah kita doakan rohnya dirahmati Allah. Ameen Allahumma ameen.. Al Fatihah..*
Di bawah adlh info drpd anak Allahyarham.. Sy juga baru call Ustaz Ahmad Yamani utk pengesahan..
Disertakan printscreen beserta salah 1 gambar kiriman Allahyarham dlm wasap al faqir bsama beliau tak sampai 48 jam yg lalu (ahad)..
~ Sanusi 'al khadam'. 4.29am SELASA 27/10/16
_________________
"Assalamualaikum..
إنا لله وإنا إليه راجعون. الفاتحة..
Saya Muhammad Abdurrahman bin Mohd Fadzli dengan ini ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya Ustaz Mohd Fadzli Al Yamani telah kembali ke rahmatullah pd pukul 12.30am waktu Malaysia di Guangzhou China. Arwah jatuh di airport Guangzhou semasa menunggu bas ke hotel.
Jenazah akan dikebumikan di Guangzhou China.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin..
Al fatihah.."
Allahu .. hebatnya murabbi Ustaz Mohd Fadzli ... dapat dikebumikan disebelah makam sahabat Nabi Sayyiduna Saad Bin Abi Waqas RA..
Ya Allah.. rahmati.. ampuni.. maafkan beliau tempatkan didalam syurga Mu..

