JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan Pari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan Pari. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mei 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI POWER .....

Assalamualaikum kekawan.. salam ceria di petang hari :)

Selalu dah masak asam pedas ikan pari ni.. ingatkan dah tempek kat blog kecil saya ni.. bila tengok balik tak ada.. jadi saya tempekan yg dah lama saya draf ni.. 
Asam pedas ni memang pembuka selerakan kekawan.. bagi yg menggemarinya la kan.. saya ni pun dah jadi pebaret pulak asam pedas ni.. kali ni saya buat versi asam pedas melaka yg letak herba tu.. wangi jer dapur bau asam pedas ni.. melonjak-lonjak perut minta di isi... senang jer versi asam pedas saya ni kekawan.. jom kita intai resepi :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI













Bahan-bahannya:
600 g ikan pari
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum 

2 tangkai bunga kantan
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
 garam secukup rasa


Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }

5 biji lada hitam - ditumbuk
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih


Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.

2. Kemudian masukkan bendi supaya bendi tidak lembik nanti hendaklah kita tumis sekali
3. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masukan daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga mendidih.
4. Bubuh  garam . Kacau sekali-sekala.
5. Bila  ikan sudah masak, angkat dan hidangkan.