Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya :)
Masak asparagus sos lada hitam ni masa petang ahad tu.. setelah lauk tengahari tu selamat habis pada tengahari tu juga hahaha..
Penyudah petang tu kena masak lagi untuk makan malam dan juga utk bekalan kakak nabilah ke madrasah..
Inilah kali pertama saya beli asparagus ni kekawan.. tak tahu nak masak pada mulanya.. jadi pergi cari kat google .. jadi jumpa lah resepi ini di My Resepi.. Boleh lah cuba mana tahu sedap.. perghhh memang ternyata sedap kata Nabilah dan Najeeha.. Siap pesan nanti mama beli lagi sayur ni ye.. ni lah pertama kali kita makan mama.. hahaha.. punya lah ketinggalan zaman..
Yang ni saya punya... sayur asparagus tumis kosong jer..tak de maknanya.. ko sekarang ni yati nak bersos lada hitam tu ye.. perut tu kena jaga dulu .. bila dah elok baru ko merasa ye huhuhu..
Bertabahlah ko ye yati.. berpantanglah ko 100 hari ye hahaha..
Jomlah intai resepi yg mudah amat ni ye ;)
RESEPI ASPARAGUS SOS LADA HITAM
Bahannya :-
- 1 ikat asparagus (kerat dalam 3 inci)
- 1 batang karot merah (potong ikut suka anda)
- udang sayur semangkuk kecil (manis rasanya)
- 2 ulas bawang putih *dihiris
- 2 ulas bawang merah *dihiris
- 3 sudu besar sos lada hitam( saya guna sos yg gambar diatas tu)
- garam
Caranya :-
- Tumis bahan hiris sedikit wangi, kemudian masukan udang, kacau sebentar.
- Kemudian letak sedikit air dan masukan karot dulu, selepas karot hampir masak baru dimasukan asparagus ni, ini kerana asparagus cepat masak.
- Selepas tu masuk sos lada hitam dan garam, gaul mesra sehingga asparagus masak.
- Angkat dan siap dihidang.


