Assalamualaikum kekawan semua... semoga sihat sejahtera :)
Nampak sangat tak tau apa nak buat tajuk entri tu, pagi isnin ni macam blur jer sikit... ehe :)
Petik buah manggis ni pada hari ahad lepas di rumah mak... buat masa ni hanya buah manggis yang dulu masak... Alhamdulillah tahun ni merasa, kalau tidak rezeki sang monyet jer :D
Si manggis yg putih bersih didalam walaupun luar kulitnya hitam...
Mana yang rendah boleh dipetik dengan tangan... yg tinggi terpaksa menyambung tangan dengan galah pulak :P
Inilah sebahagian hasil petikan kami petang tu... puas makan.. dan dapat juga memberi mak ngah dan bawa ke ofis...
Ini pula buah pulasan yg sedang menunggu untuk masak, dah nampak sedikit warna merahnya... kata mak dalam bulan depan masak lah semua tu ... yeahhh tak sabar lak nak tunggu buah ni masak sebab peberet saya ni :D
Buah rambutan mak ni pun dah mula nak merah masaknya... mak kata dalam dua minggu masaklah ni tapi pokok rambutan mak ni banyak semut tapi isinya sangat manis dan tebal... suka ambil yg ni dari rambutan mak yg warna kuning tu..
Dan juga melihat si kecil ini, anak adik saya yg baru lahir pada oktober itu hari dah sebulan kot masa ni... baby girl Hadrah Safiyah nama diberi semoga menjadi anak yg solehah...





