JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Bubur Jagung Chacha Durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur Jagung Chacha Durian. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2014

BUBUR JAGUNG CHACHA DURIAN.....emmmm lazatnya :)

 Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Pemanis mulut kata orang tu.... emmmm memang manis durian tu.. bubur jagung chacha durian ni buat pada hari ahad tu hari.. kan hari sabtu tu en suami memborong durian (cerita disini borong durian). Jadi masa pagi ahad tu pergi pasar tani.. saya beli pulak jagung..


Jadi jagung tu saya regukan bersama tepung chacha dan durian tu.. semerbak bau durian tu semasa saya buat bubur tu kekawan .. buat banyak sikit.. bagi jiran depan rumah dan sebelah rumah pulak :)
Jom intai resepi yg mudah ini kekawan :D

RESEPI BUBUR JAGUNG CHACHA DURIAN


Bahannya :-

  • 1 cawan tepung cha cha
  • 3 tongkol jagung (diricih-ricih seperti gambar)
  • 8 ulas durian (terpulang kekawan nak letak banyak mana ye)
  • 1 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Caranya :-
  1. Rebus bubur chacha sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  2. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  3. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk bersama jagung, masak jagung hingga empuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  4. Masukkan pula air gula tadi. kemudian masukkan bubur chacha yg telah direbus tadi bersama durian, kacau sebentar, lepas tu masukan santan pekat dan gaul sebati.
  5. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.