Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi dan ceria selalu :)
Sungguh kesian anak2 yg mengambil UPSR 2014 ini.. gara-gara INTIGRITI TELAH MULA HILANG...
Hanya kerana hendak mengejar bilangan A , maka sanggup perkara ini dilakukan...
Aduhhhh bukan murid-murid sahaja yg frust.. cikgu-cikgu dan ibu bapa pun kecewa yg amat sangat...
Hari pertama 9/9/2014
Hendak juga saya menukilan kan disini perjalanan tiga hari Nabilah menghadapi UPSR dan menjadi sejarah yg perlu di ulang semula peperiksaannya..
- Nabilah melangkah ke perhimpunan pagi sebelum masuk kedewan.
- Melangkah penuh yakin kedewan untuk menghadapi peperiksaan.
- Kami ibu-ibu berkampung didalam surau membaca yasin, solat hajat, berdoa agar anak mudah untuk menjawab soalan.
- Gembira keluar dari dewan periksa untuk berehat
Hari kedua 10/9/2014
Cabaran buat Nabilah kerana demam, pagi tu bangun tidur dia dah muntah-muntah, saya rasa badannya panas.. aduhhh.. bagaimana ini.. saya bagi dia banyak minum air zam-zam dan bagi ubat demam yg tak mengantuk..
Diperhimpunan pagi tu saya maklumkan pada cikgu mengatakan Nabilah demam, mohon perhatian utk dia..
Namun masih gagah dan tersenyum untuk melangkah ke dewan periksa.
Alhamdulillah hanya satu papper jadi boleh balik rehat.. petang tu saya dan nabilah buat juga latih tubi utk sains.. malam tu dapat berita soalan sains bocor.. jadi ditunda pada 30 sept.. Nabilah rasa kecewa juga.. tapi saya bagi semangat.. jom kita latih tubi utk BI pulak..
Hari ketiga 11/9/2014
- Jadi pagi tu sampai tu sekolah murid2, guru2 dan ibubapa membaca yassin bagi menggantikan peperiksaan sains yg tak jadi.
- Juga cikgu membuat latih tubi utk BI 1 &2..
- Habis jawab BI1 saya beri nabilah makan awal.. lauk yg diambil ayam goreng kegemarannya..
- Masuk dewan kembali untuk menjawab BI 2.. rupa-rupanya sia-sia juga usaha mereka.. apabila kertas BI 1&2 didapati bocor..
- Sebelum menghadapi ujian Aptitude.. mereka solat zohor berjemaah..
- Pada pukul 2.45pm masuk utk ujian aptitude.. sepatutnya pukul 4.15pm kertas ujian ni habis.. tapi ada yg pukul 3.30pm dah keluar.. senang ajer mama soalan ni kata nabilah..
Selepas mereka habis berkumpul didataran, baru cikgu bagi tahu kepada murid2 yg kertas BI 1&2 yg dijawab tadi dibatal kerana soalan bocor... serentak terdengar keluhan dari murid2 ini.. kecewa mereka sungguh mereka.. usaha mereka tadi sia-sia..
Apa yg saya harapkan ada hikmah di sebaliknya..
Katanya ada yg kena ulang semua papper.. pada 30sept-2okt 2014..
Ya Allah hanya Engkau yg Maha Mengetahui di sebalik semua kejadian ini.. semoga ianya berakhir dengan kebaikan...
Rabbi Yassir Walatua'sir..




