Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Cikgu tuisyen macth Jeeha ada wasap kat group cara nak semak semula markah anak.. jadi saya kongsikan disini untuk kawan2 yg ada anak ambil UPSR tahun ini..
Ramai yg pm tanya tentang semakan semula utk UPSR 2016 ..
1st ambil borang kat sek @ boleh je download kat website..
2~ isi borang, buat salinan slip upsr dan sahkan dari sek ..
3~ sediakan sampul surat 2 keping beralamat sendiri dan setem RM1 setiap satu
4~ bawa borang ke parcel E11, Putrajaya..
Kat lobi tu je beberapa kaunter da sedia menunggu
5~ ambil no dan buat bayaran RM50 setiap subjek yg nak disemak semula
6~ tarikh tutup semakan adalah 30 hari dari tarikh UPSR keluar
7~keputusan semakan selepas 30 hari dari tarikh tutup myb dlm pertengahan @ hujung bulan 1 boleh tahu
8~ resit bayaran dan slip kuning akan diberikan sebagai simpanan dan rujukan kita
* bagi saya buat aje semakan semula ..
* tak rugi apa2.. sekurang2nya kita puas hatikan ...
* andaikan keputusan akhir nanti sama juga ..kita redha dan sekurang2nya kita telah berusaha hingga titisan terakhir...
Moga ada perubahan nanti ...
Sedapkan hati aje lah ye...
