Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan ceria selalu :)
![]() |
| Kesian mereka menahan panas.. mama blogger tegar ni sibuk juga nak suruh bergambar :) |
Cuti tahun baru China ni berkesempatan utk balik kekampung en suami di Felda Bukit Jalor pada hari Khamis tu, kami bertolak keluar dari rumah pukul 8.00 pagi tu.. keluar jer sampai nak masuk highway tu, en suami tengok weze dulu.. aduhhh tengok jalan dah jem di Senawang, jadi en suami ambil alternatif lain ikut jalan lama.
![]() |
| Tengok tu tiga khemah sekali dipasang di Cendol Leman Dawi, rami yg singgah tu.. |
Bila ikut jalan lama ni boleh lah menyinggah banyak tempat kan kekawan... salah satunya en suami singgah di cendol Leman Dawi.. kami sampai disitu lebih kurang pukul 11.00am.
Sebelum tu kami singgah di Hospital Columbia Seremban, melawat kawan en suami yg sakit.. Lagi pun dah hampir 20 tahun en suami tak jumpa kawannya..hampir sejam juga mereka bersembang.. kawan en suami ni sakit kencing manis, pastu kakinya dijangkiti kuman tu yg kena masuk wad utk pantau kakinya yg semakin membengkak tu...
![]() |
| Emmmm dapnyaaaa :) |
Sekarang ni musim panas.. tekak haus sahaja lah kan..
Saya dan dua orang kakak tu oder cendol jangung, abahnya oder cendol kacang merah... sejuk jer lalu kat tekak ni kan kekawan.. yang bagusnya Cendol Leman Dawi ni ialah bila kita nak tambah , percuma sahaja.. telah disediakan bekas tambah diatas meja tu.. patutlah murah rezeki wak Leman ni .. rajin bersedekah.. kebetulan Wak Leman Dawi ada, kecoh lah dengar dia bercerita yg tak berhenti-henti tu kan.. tapi penuh fakta apa yg dia katakan tu kekawan...
Sehabis minum disitu kami meneruskan perjalanan, lepas tu pukul 12.30tghri en suami berhenti makan tengahari di Tampin, gambar tak sempat ambil sebab lapor benor dah.. kami makan hidang, en suami ambil lauk kegemarannya , asam pedas ikan pari, masak lomak cili api daging salai dgn rebung, udang goreng dan sayur kangkung, murah betul makan di situ kekawan.. percaya tak untuk semua itu hanya RM8.50 sahaja..
Kami sampai kekampung en suami lebih kurang pukul 1.30pm..
Bagaimana perjalanan kekawan balik kampung ye :)


