JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Coklat Mosit Cheese Cream Markisa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coklat Mosit Cheese Cream Markisa. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

Coklat Moist Cheese Cream Markisa

 Tajuk entri main suka letak jer :) ini projek kami anak beranak pada hari sabtu itu hari... tak tahu nak buat apa dengan kepala kek coklat moist yg di bawa untuk kakak ke sekolah tempohari...

Tengok dalam peti ais ada cheese cream... jadi godek-godek sendiri jadilah pemanis mulut yg yummy...
1) Hancurkan kepala kek coklat dan letak dalam bekas

2) Kemudian letak cheese cream

3) Tabur balik kek coklat

4) Letak lagi cheese cream pastu hias dengan buah koktail 
Gambar mek ni... dia lah yg menghias utk bekas dia.... Nabilah yg suka deco-deco

Saya isi juga dalam bekas plastik 4 segi ni.... banyakan kepala kek coklat tu :)
Jom kita tengok cara nak buat pemanis mulut yg mudah ini hehehe :)

Bahan-bahannya :-

Kek Coklat Moist (boleh jer nak guna kek apa pun)
Cheese Cream 250 gm
1 cawan susu pekat
1 sudu besar lemon jus
Koktail buah-buahan

Caranya :-

  1. Buat cheese cream dulu... campur kan cheese dan susu, putar sehingga kembang lepas tu masukkan jus lemon tu.
  2. Pecah-pecahkan kepala kek tu dan masukan dalam bekas yg disukai oleh anda :) 
  3. Masukan cheese cream tadi... ulang pula cara 2, lepas tu cara 3 hehehe... (tak tau nak cerita macam mana)
  4. Kemudian letak buahan koktail tu, simpan dalam peti ais...
  5. Siap di makan :)