JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Discaj Wad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Discaj Wad. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2016

ALHAMDULILLAH... Nabil Sudah DISCAJ ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Suka sungguh dia dapat makan ayam goreng, itu pun dapat masa hari jumaat sebab doktor tak kasi lagi makan yg berminyak, so hari jumaat tu baru boleh oder chiken chop tu.. :)
Alhamdulillah pagi ahad nabil dah boleh discaj dari hospital.. kesihatan dia bertambah baik walaupun masih ada sedikit batuk.. doktor bekalkan juga ubat batuk, namun makan bila perlu sahaja ajer, begitu juga dengan ubat radang paru-paru  kena habiskan dalam tempoh 5 hari. Semoga nabil terus sihat hendaknya..

Dua kali mak angah dia datang menziarah nabil..sebelum tu mak angah datang dengan mak ateh pada hari khamis tu..  iyelah dulu masa kecik mak angah ni lah jaga mereka, suka nabil bila mak angah datang lagi menziarahinya.. masa tu asyik tanya ajer, mana mak angah ni kata nak datang lagi lepas jumaat..
Pastu mak ngah bawa nasi dengan udang goreng besar.. suka betul lah dia :D
Terima kasih pada kawan sekolah nabil yg datang menziarahi, pada hari rabu tu Pn Mashita emak Udin , kawan baik si udin ni , lepas tu Dr Leny emak Husna, kawan baik kak Najeeha tapi nabil ni semua dia kawan.. lepas tu hari jumaat Irsyad dan Amani serta bapanya datang ziarah.. (tadi baca WA uminya kata Irsyad pula demam.. syafakallah buat irsyad).



Pada hari Sabtu tu pula tok cik dan Nek Cik pula datang menziarah nabil, kira mak cik dan pak cik en suami, suka lah dia , sebelum tu mak atih , adik ipar saya datang juga ziarah nabil sebelum dia pergi ke Semporna kerumah kak along di sana.. adik beradik en suami semua pergi sana kecuali en suami dan adik ipar saya yg sorang lagi.. yg tak dapat ikut trip ni.. tengok lah jika diizin Allah hendaknya juga pergi ke sana :)

Masih lagi ambil neb ni setiap 6 jam sekali untuk paru-parunya.. kalau suruh dia pegang sendiri memang lah cendelat jer.. kena kita pegangkan baru dia duduk diam-diam :)

Satu bekas ni .. RM20 Shark Fin Soup..
Saya jaga nabil dari malam khamis hingga pagi sabtu kerana en suami ada kerja urgent, sebab salah seorang staffnya bercuti isterinya bersalin, kena susun jadual utk staff yg lain bertugas, hari jumaat malam tu kakak nabilah dan kak Najeeha pun tido di hospital juga.. mujur lah bilik ni besar, siap berangkut toto datang sini hahha.. suka Nabil ada kakak2 nya datang sama..
Masa abahnya datang hantar kakak dua orang tu belum makan lagi.. jadi pergilah mencari makanan di situ, mujurlah di sini banyak restoran.. pilih dan bayar jer lah mana nak kan.. kat situ ada Restoran Mukmin makan china muslim, kakak berdua ni memang sukalah makan chinese ni.. Kak Nabilah oder nasi goreng kam heong .. emm memang sedap nasi ni, hari sabtu pun dia mengulang beli yg ini juga, yg najeeha nak makan nasi putih, itik BBQ, ikan dory masam manis dan shark fin soup.. ini lah pertama kali saya merasa shark fin soup ni.. memang sedap.. mereka semua suka.. termasuk nabil lain kali boleh oder lagi :)

Itulah kisah hampir seminggu nabil admit kat Hospital.. tak pernah dia lama begini duduk hospital.. paling lama pun 3 hari ajer.. tau tak bil nya hampir RM6000+++  terperanjat en suami, mujur insuran yg bayar :P, betul kata Pn Mashita emak udin ni, kat sini mahal sikit kak yati, saya selalu pergi KPJ Selangor SS20 tu, SALAM Hospital ni pilihan terakhir, ye lah macam saya, pilihan terakhir sebab semua hospital dah penuh masa tu.. tak apalah yg penting Nabil dah sihat, Syukur Alhamdulillah..