JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Disember 2013

JOM KITA DOA UNTUK SAHABAT KITA YG DILANDA BANJIR

Assalamualaikum kekawan dan salam Jumaat :)

Sekarang ni tengah musim tengkujuh melanda, kebanyakan negeri di pantai timur dan selatan tengah dilanda banjir , entri dari mama NzA yg kerisauan sedikit-ujian-buat-kamimohon-doa. anak NzA belajar di Kuantan Pahang, anaknya memaklumkan hanya makan roti dan air mineral jer.. aduh kesian saya membacanya... marilah kekawan kita mendoakan negeri yg dilanda banjir pulih semula. Amiin...








KUANTAN

KELANTAN

TERKINI DI PAHANG

MELAKA DAN JOHOR




Jumaat, 6 April 2012

Ku syukuri Nikmat Mu Ya Allah



Ku syukuri nikmat Mu Ya Allah
Keberkatan yang ku pinta
 Dari rezeki yang diberi oleh Mu 
Oleh itu Kau kurniakan rezeki
Yang berpanjangan untuk ku
Agar dapat ku teruskan kehidupan ini
  ....Dibawah rahmat Mu Ya Alah
....Amin ya Rabbal alamin 

 Bila membaca artikel ini membuat saya muhasabah diri, buat renungan saya dalam mencari keredhaan Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razaq


“Hatim Al-Asham adalah salah seorang sahabat dan anak murid kepada seorang ahli sufi, Syeikh Syaqiq
al-Balaghi.   Beliau berkata “ Aku lihat setiap orang bekerja keras dan memeras tenaga untuk mencari makan dan keperluan hidup hingga ada yang terjatuh ke dalam kesyubahatan, terjerumus kepada yang haram dan mencemarkan nama baik diri dan martabatnya…  Maka ku renungkan kembali firman Allah SWT

۞ وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٦)
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (6)  Surah Hud  

Maka aku mengerti bahawa rezeki itu berada pada kekuasaan Allah semata. Masalah rezeki, Dialah yang menanggungnya. Kerana itu, aku bangkit memelihara ibadah kepadaNya dan kubuang jauh-jauh rasa tamak 
".dan haloba. Hanya kepada-Nya aku menyerahkan sepenuhnya masalah rezeki

Bila membaca artikel ini, teringat saya pesan emak, jangan melihat orang yang berada diatas sebaliknya lihat orang yang berada dibawah kita, bahawa mereka lagi susah daripada kita, oleh itu selalulah bersyukur dengan rezeki yang diberi.