JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Durian Crepe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Durian Crepe. Papar semua catatan

Selasa, 18 Disember 2012

Durian Crepes Inti Kastad Durian ....

Itu hari saya cuba Durian crepe filling cream durian... jadi saya nak cubalah pulak yang inti kastad durian pulak.. ramai yang kata mabelessss.... apa lagi bersemangatlah saya mencubanya.. ternyata memang sedap sungguh.... mungkin saya ni penggemar kastad tu yg sedap sangat kat tekak saya... tapi bila tanya dengan budak 3 orang ni dan en suami... dia orang pun suka yang ni... terbaeeekkk mama kata Nabil.. hero saya ni memang pembakar semangat mama dia... 



Durian ni saya oder dari kawan pejabat saya di Hulu Selangor.. bila dia datang HQ minta dia bawakan memang berbaloi.. besar2 dan isinya kuning... 4 biji semuanya tu , masuk mulut budak 3 orang ni lebih banyak dari mama nak buat filling kastad durian tu... 



Berjaya saya selamatkan satu bekas ni untuk en suami dan buat filling kastad tu... ini baru letak separuh belum penuh lagi... :D

Resipi kali ini saya ambil dari blog Yatiememories Sinar Kehidupanku... senang sikit ikut resepi tu sebab kak yatie guna sudu... saya ni rajin sikit nak timbang menimbang tu hehehe :D...
Lagi satu kerajinan saya ialah selalu buat setengah adunan dari resepi biasa bukan apa nanti kalau tak menjadi tak lah membazirkan... tapi kali ini saya kalah sebab tak cukup nak makan lima beranak huwaaa... Nabil nak lagi mama ... ambik ko mama.. pegi buat lagi... huhuhu nanges mama sebab dapat makan 2 keping ajer  :`(
Penyudahnya gambar tak sempat nak ambil... gunalah gambar crepe durian yg lama.. tempek kat sini :(

Saya copy paste resepi ye kak yatie.. mohon halalkan ye... letakan sini esok tak payah nak selongkar dapur kak yatie lagi kan.... :D


RESEPI DURIAN CREPES INTI KASTAD DURIAN








Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 30 gm tepung Hong Kong/tpng gandum-Yatie guna 4 sudu besar rata
  • 30 gm tepung kastard- Yatie guna 4 sudu besar rata
  • 20 gm tepung jagung- Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung ubi- Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee - Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 3 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna kuning- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Inti Kastard Durian
  • 250 ml susu cair
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur
  • 150 gm isi durian
  • Non-dairy whip cream -secukupnya
Cara-cara
  1. Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.
  2. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepes
Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Krim Kastard ~ secukupnya
  • Isi durian ~ secukupnya
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan krim kastard di atasnya
  3. Kemudian letakkan isi durian
  4. Tutup kembali denga krim kastard
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat.
  6. Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Rabu, 21 November 2012

DURIAN CREPE


Sekarang ni dah musim durian yang banyak... selalu ada jer durian tapi tak banyaklah kan... jual pun main longgok dan bakul jer.. Cuti Depavali tempohari balik Kuang rumah mak... sampai lorong masuk rumah mak, nampak mak  terbongkok-bongkok memilih durian di bonet kereta di depan kedai runcit.. saya pun minta en suami berhentikan kereta dan saya pun joint sama memilih durian yang baru jatuh tu...3 biji RM 10, saya beli tiga longgok tu dan dapat free 1 biji... dapatlah 10 biji... pergghh memang sedap sungguh..

Durian Crepe
Saya pun cuba Durian Crepe yang sekarang terhangat di pasaran blogger ..woo hoo.. saya guna isi durian yang warna kuning ni... lagi lah terangkat...

Bila BW banyak yang tayang durian crepe ni kan.. saya pun tergoda lalu saya pun cuba dari resepi blog Masam Manis kak azlita, namun macam biasa lah saya ada ubahsuai sikit mengikut cita rasa saya sekeluarga... Mohon copy resepi ye kak azlita :D

RESEPI DURIAN CREPE

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan (saya ganti dengan 500ml susu cair)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

p/s kawan-kawan boleh bantu saya tak.. saya  dah tak boleh upload gambar lagi kerana GB dah penuh..huhuhu  tolong saya macamana nak buat.. terima kasih ye kawan-kawan...