Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..
Sambal ni jadi beraroma adalah dari bau harum daun kari yg digoreng bersama sambal nya tu.. perghh memang bertambah nasi dibuatnya.. sudah lah baru pertama cuba .. sesuai pulak selera kami anak beranak.. saya ambil resepi ni dari blogger Sinar Kehidupan tu .. memang apa yg dimasak kena dengan selera kami..
Tapi biasa lah saya ni suka ubah sikit dan mudah utk memasaknya. Masa saya masak ni hari Jumaat yg lalu.. kakak nabilah ada sama... dia lah yg banyak membantu. Tambahan pulak cita-cita dia ingin menjadi seorang chef. Ok kakak Nabilah layan jer.. Moga boleh jadi macam chef Amar.. "Masak dengan iman..."
Saya copy paste dari blog Yatiememories tu :
RESEPI GORENG SAMBAL TERUNG BERAROMA
BAHAN A
- 3 biji terung sederhana panjang (dibelah 2 tengahnya dan ptng 2 lagi)
- minyak masak secukupnya
BAHAN B
- 2 tangkai daun kari
BAHAN C (Di blend semua sekali tapi jangan terlalu hancur)
- 2 tangkai cili merah
- 10 biji cili padi merah
- 10 biji cili padi hijau
- 1 labu bawang besar
- 2 camca besar ikan bilis-buang kotorannya(saya tak blend sama, goreng asing)
- sedikit belacan
BAHAN D
- 2 camca besar Sos Tiram (saya tak letak)
- sedikit garam dan gulasedikit air jika perlu (gula pun tak letak)
Cara Memasak
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung, balik2kan(~ 3 minit saja) dan diangkat. Toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga wangi.
- Saya goreng ikan bilis asing dan angkat letak ketepi.
- Masukkan bahan C. Kecilkan api dan masak sehingga menjadi sedikit pekat dan terbit minyak dari kuah sambal. Masukkan bahan D. Masukan ikan bilis goreng tadi,Gaul rata. Tambahkan sedikit garam dan gula.
- Bila dah cukup rasa, angkat dan tuangkan keatas terung yang telah digoreng tadi. Siap

