Salam petang yang ceria kekawan :)
Mari lah kita memeriahkan GA mak hainom ni..😆😊
Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 21 Tahun .. katanya..😊😍
Alhamdulillah telah hampir ke setengah abad... tentu berbagai cabaran yg dihadapi sepanjang melayari kehidupan bersamakan Nom.. itulah lumrah kehidupan sebagai pasangan suami isteri disamping anugerah anak yang diberikan..
Selain tu mak Hainom ni suruh juga review Blog http://hainomokje.blogspot.my/
Sepanjang CH menerjah blog hang tu Nom :-
1. CH mula-mula kenal dengan hainom bila baca dan tertarik dengan komen-komen yang Hainom tinggalkan di blog kawan CH tu.. jadi teringin pula nak nak jadi follower nya..
2. Gaya penulisan yang santai mengenai dirinya dan keluarganya , kekadang membuat CH ketawa sendiri, kekadang kuat menyakat juga ni bila komen kat blog kita.
3. Hainom punya view blog pun cantik dan ringkas , lagi satu tak lah lama menunggu untuk view.. idakkk lah kata orang peghak tu.. lamo bebenor berpusing untuk view.. dengan kata lain , tak berat lah blog tu.. tapi tuan punya blog tu berat hahhahaha.. tu yg sibuk nak diet... matilanakkkkk boleh tercalon ke menang ni :D
4. Peramah tuan blog ni sehingga keluar alam maya sehingga tertubuhnya Group Aweks Blogger di WhatsApp.. boleh ke review yg ini nom hahhaha..
Doaku sempena ulang tahun perkahwinan mu sahabat 😍
"Ya Allah, Tuhan yang menyatukan dua hati ini, Engkau letakkanlah kedalam hati mereka berdua, ikatan perasaan kasih sayang yang berpanjangan seperti mana ikatan kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W dengan Syaidina Khadijah r.a. Semoga ikatannya akan berkekalan hingga ke jannah. Aamiin Ya Rabb "

