JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Goreng Jering Ikan Bilis Berlado. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Goreng Jering Ikan Bilis Berlado. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2013

GORENG JERING IKAN BILIS BERLADO...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kekawan semua :)

Sudah lama saya mencari jering tua yg sesuai untuk dibuat goreng, jadi masa jalan-jalan dipasar tani stadium shah alam tu, jumpalah buah jering ni, semua keluarga saya suka makan jering ni tapi yg tak tahan baunya lah kan... inilah makanan saya masa kecik-kecik dulu sebab keliling rumah ada jer arwah atuk tanam pokok-pokok termpatan ni kan... selain dibuat gulai ianya sedap juga digoreng berlado dengan ikan bilis.... emmm sedapnya (ni tekak sendiri lah kan)
Goreng jering ikan bilis berlado...
Nak juga tempek resepi disini... untuk rujukan anak-anak nanti... tak taulah tahun 2020 nanti buah jering ni ada lagi ke tidak kihkih..

RESEPI GORENG JERING IKAN BILIS BERLADO


















Bahannya :-

  • 10 biji buah jering
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis 
  • 5 biji cili merah besar *
  • 3 biji bawang merah kecil* (*kisarkan)
  • Minyak masak
  • Garam 
Caranya :-

  1. Kupas jering, buang kulit putihnya itu, kemudian potong empat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng jering tersebut sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
  3. Kemudian goreng pula ikan bilis sehingga garing , angkat ketepikan
  4. Goreng pula cili yg telah dikisar, letakkan sedikit garam , goreng sehingga wangi, selepas tu masukan jering dan ikan bilis yg digoreng tadi, gaul hingga mesra bersama cili.
  5. Angkat dan siap utk dihidang