Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan ceria :)
Selamat berhujung minggu kekawan.. masak apa hari ni.. saya buat goreng kerepek ubi berlado ni dah lama masa saya buat ubi rebus itu hari..ubi-rebus-regu-sambil-tumis, jadi saya ambil lah 2 potong untuk buat kerepek ubi ni, dah lama tak makan.. dulu masa kecik2 ini lah lauk yg dihidang oleh mak saya.. dah adik beradik ramai , jadi makanan apa yg ada disekeliling rumahlah kan..
Gigih saya menghiris halus-halus tu.. masa menggoreng tu.. sikit-sikit di kaup anak2.. terutamanya Nabil.. siap bercerita lagi "dulu2 atuk kata zaman jepun, atuk makan ubi kayu ni lah kan mama" katanya sambil mengunyak kerepek ubi tu.. "ye, tapi tinggal sikit utk mama boleh, sebab mama nak buat lauk, goreng kerepek ubi ni berlado dengan ikan bilis" jawab saya.. "ok mama, tapi lagi sikit boleh" kata sambil tangan mengambil lagi.. aduh macam2 anak ni.. tinggal banyak tu lah yg dapat saya goreng.. En suami pun suka juga.. jadinya sekali hadap sahaja lah sepinggan tu kami lima beranak hehehe..
Kekawan buat lauk ke goreng kerepek ubi berlado ni :)
RESEPI GORENG KEREPEK UBI BERLADO
Bahannya :-
- 1 batang ubi kayu dihiris nipis
- 5 biji cili merah *
- 3 biji bawang merah* (*kisar)
- 1 mangkuk kecil ikan bilis
- garam
Caranya :-
- Gaul ubi yg dihiris dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
- Lepas tu goreng ikan bilis hingga garing, angkat ketepikan.
- Kemudian tumis cili kisar hingga wangi dan rasa garamnya.
- Lepas tu masukkan kerepek dan ikan bilis yg di goreng tadi. Gaul sehingga mesra dan angkat.
- Siap untuk dihidangkan.

