JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Gulai Ikan parang dengan timun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gulai Ikan parang dengan timun. Papar semua catatan

Selasa, 10 Jun 2014

GULAI IKAN PARANG DENGAN TIMUN .... emmm dapnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan.. petang yg ceria :)

Minggu ni menu rumah saya berasaskan ikan, hari minggu baru ni saya borang semua ikan .. ikan merah, ikan parang, ikan senangin, ikan kerapu ehe :) kena cari resepi yg lain dari yg lain pulak tu..

Semalam saya masak gulai ikan parang dengan timun.. di bantu oleh chef Nabil hehehe.. pada hal dia cuma tolong kacau kuah tu jer supaya kuahnya tak pecah santan.. siap pesan dengan saya lagi "mama nanti bagi tau kakak dengan abah, lauk ni Nabil masak tau" hahaha.. suka hati kau lah nabil... 
Jadi masa di meja makan , dia pun cakap "mama, nabil nak makan lauk yg nabil masak tadi"
Kakak 2 orang tu pun serentak bertanya "betul ke mama"
"Betullah tadi dia tolong mama kacaukan kuahnya, kalau tidak pecah santan gulai mama, tak sedaplah nanti" jawab saya..
Tersenyum simpul Nabil bila saya cakap begitu.. ehe :)

Jom intai resepi saya yg mudah ni..

RESEPI GULAI IKAN PARANG DENGAN TIMUN


Bahannya :-
  • 500 gram ikan parang (saya ambil belah ekor)
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*dikisar)
  • 300 gram santan (200 grm + 1 cawan air)
  • 3 biji tomato
  • 1 biji timun potong serong
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg ditambah air kedalam periuk, bahan kisar  dan ikan. Kacau pelahan-pelahan sehingga mendidih dan masukan garam
  2. Kemudian masukan timun, serai, daun kunyit dan asam keping.
  3. Selepas tu masuk kan santan pekat bersama tomato, kacau perlahan, rasa masinnya, angkat bila sudah masak.
  4. Siap untuk dihidang.