JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Gulai Udang Pucuk Ubi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gulai Udang Pucuk Ubi. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Julai 2014

GULAI UDANG PUCUK UBI .... emmm menyelerakan :)

Assalamualaikum kekawan ...
Salam petang yg ceria :)

Ini bukan lauk iftar saya semalam kekawan.. semalam kami iftar nasi kukus ayam berempah.. itu permintaan anak2 saya.. tak buat pun.. beli jer pada kakak yg selalu jual ditepi taman perumahan saya ni.. Alhamdulillah dah dua hari nabil dapat berpuasa.. bila dapat makan nasi kukus ayam berempah ni.. bertambah makannya.. pagi tadi sahur pun banyak dia makan..

Muka letih Nabil nak tunggu berbuka.. semalam dia nak sirap bandung laici pulak.. ikut kan ajer budak berpuasa ni kan.. lebih buah laici tu ada lagi .. penuh dah dalam gelas dia laici tu :)



Masak gulai udang dengan pucuk ubi sebelum ramadan tu hari.. dah lama rasanya tak makan pucuk ubi masak gulai.. masa pergi pasar tu tengok pucuk tu cantik pulak menghijau.. tu yg beli.. lepas tu kakak pulak nampak udang laut yg besar tu.. okey juga di gulai dengan pucuk ubi ni.. kata hati saya.. 

Jom semak resepi yg mudah ini kekawan..


RESEPI GULAI UDANG PUCUK UBI


Bahannya :-
  • 10 ekor udang laut besar
  • 1 ikat pucuk ubi (dicelur dulu)
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*dikisar)
  • 300 gram santan (200 grm + 1 cawan air)
  • 1 cawan santan pekat
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg ditambah air kedalam periuk, bahan kisar  dan udang. Kacau pelahan-pelahan sehingga mendidih dan masukan garam
  2. Kemudian masukan pucuk ubi yg dicelur tadi, serai, daun kunyit dan asam keping.
  3. Selepas tu masuk kan santan pekat , kacau perlahan, rasa masinnya, angkat bila sudah masak.
  4. Siap untuk dihidang.