JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Hidangan hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidangan hari raya. Papar semua catatan

Rabu, 22 Julai 2015

HIDANGAN HARI RAYA DIRUMAH MERTUA... eemmmm sedapnya

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik..
Tentu ada yg baru mula bekerja hari ini kan, sama dengan mula sekolah anak2.. saya dah mula kerja pada hari Isnin dan anak2 pula mula bersekolah Isnin depan.. sekarang tinggal dengan abahnya dirumah yg masih lagi cuti..

Ketupat - hidangan yg wajib ada bila beraya dirumah mertua saya ni.. tengok FIL saya siap pakai rayban lagi .. yg menganyam daun ketupat tu saya punya part.. ada lah dalam 100 biji lebih saya menganyam sarung ketupat tu .. part mengisi beras dalam sarung tu FIL saya, saya takut nanti terkeras pulak.. tapi kena belajar juga kan.. part utk merebus ketupat adik ipar lelaki dan en suami saya..


Rendang Ayam Kampung Dengan Pucuk Maman - bila saya berkahwin dengan en suami baru lah saya merasa dan tahu rendang dengan maman ni.. memang sedap kekawan.. di Negeri Sembilan ni rendang ni amat popular.. rasanya ada pahit2 sikit.. saya suka.. tapi biras saya ada yg tak suka.. Rendang ni di masak oleh Kak Long kakak ipar saya dan adik ipar perempuan saya.. ada pembahagian memasak bila menyediakannya.. seronok bila part masing2 dah siap..


Sup Tulang Gear Box - Ini juga dimasak oleh en suami dan adik ipar yg bongsu.. 


Wajik Durian - kegemaran FIL saya.. saya pun suka wajik.. teringat pulak wajik durian mak selalu buat.. :( 
Ini FIL nak buat sendiri, mak cik hanya kukus pulut ajer.. yg menyediakan FIL sepenuhnya..

Asam Pedas Daging Tetel - ini request en suami pada raya ke dua.. dengan gigihnya isteri mithali ni menyediakan.. hahaha jangan ada yg muntah ijou ye :D
Keluarga FIL besar jadi kena sediakan seperiuk besar juga.. yg bestnya masak guna dapur kayu.. menyedapkan lagi masakan tu.. bagi saya lah tu kan..

Serawa Durian - Sekarang ni tengah musim durian kan kekawan.. jadi saya pun buat lah untuk hidangan hari raya makan dengan pulut dan roti.. 

Hidangan hari raya kekawan apa yg istimewa ye :)