JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Hijrah Shamsul Ghau Ghau.. buku beza berbeza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hijrah Shamsul Ghau Ghau.. buku beza berbeza. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2016

SELAMAT JALAN ROMEO...😆😊 ~___^

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Pada hari Jumaat yang lepas ofis saya menjemput Hj Shamsul ghau ghau untuk memenuhi slot Kuliah Dhuha.. banyak sungguh penghijrahan yang dilakukan .. bila mendengar ceramahnya tentang penghijrahannya.. ada yang menyentuh hati dan ada juga yg membuat kita ketawa tak kering gusi.. :D

Oleh kerana ada yg sebahagian dari mereka tidak dapat menghadiri kuliah tersebut kerana bertugas di callcentre, jadi mereka ajaklah Shamsul ni bergambar ditempat mereka.. sporting sungguh shamsul ni.. sempat juga bergurau dengan budak2 ni semua..

Tidak lupa juga saya membeli buku tulisan beliau yang tajuk Beza Berbeza.. satu penghijrahan .. yang mahalnya bila dapat tandatangan dari Shamsul tu kan.. saya suka baca bukunya sebab penulisan yang begitu santai dan menyentuh jiwa tentang penhijrahan nya itu :(


Dari banyak kata-kata yang Shamsul kongsikan membuat saya ingat dan tersentuh ialah..
"Kita boleh tolak bila orang suruh jadi imam.. juga boleh tolak untuk jadi ketua.. boleh tolak segalanya.. tapi satu yang kita tak boleh TOLAK.. dan terpaksa TERIMA .. iaitu bila Malaikat Izrail datang menjemput kita untuk masuk ke lubang KUBUR.. jadi tuan/puan yang ini kita kena bersedialah dengan AMALAN BAIK kita untuk kita menghadapinya.. jadi teruskan menuntut ILMU dan berhijrahlah kearah yang lebih baik, kata-kata ini juga untuk diri saya juga " Ujar shamsul..