JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Hikmahnya Sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hikmahnya Sakit. Papar semua catatan

Khamis, 12 Oktober 2017

HIKMAHNYA SAKIT..πŸ’ŠπŸ’ŠπŸ’‰πŸ’‰

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya...
Saya ni kan ada hypertyroid.. jadi ada juga rasa sakit di dada dan selalu berdebar-debar.. doktor kata kalau tyroid ni boleh juga kesannya dijantung.

Jadi doktor cadang saya pergi jumpa doktor jantung.. buat lah appointment dgn doktor jantung pulak. Doktor jantung mencadang saya untuk membuat ujian ECHO ni.. iaitu memasang alat ni 24 jam di dada saya..

Sewaktu balik rumah.. Nabil terperanjat😯
Apa kat perut mama tu.. macam power bank jer.. ada ke patut dia cakap mcm tu πŸ˜†πŸ˜‚gelak lah saya.. saya kata ini alat pengesan jantung.. nak tahu pergerakkan jantung mama.. sekejap asyik berdebar-debar je.. terperanjat juga dia tengok wayar yg berselirat di dada saya.. 

Macam mana mama nak mandi ni.. risau juga dia hihihi..
Doktor kata lap-lap jer badan.. alat ni tak boleh kena air.. malam tu tidur punya lah berhati2.. karang ada juga yg tercabut wayar tu πŸ˜†πŸ˜Š.

Esok pukul 5.00pm saya hantar balik ke hospital.. nurse tu kata esok ye kul 2.00pm temujanji puan dgn doktor ye utk ambil keputusan. Risau juga nak menunggu keputusan tu😟😟..

Alhamdulillah keputusannya normal.. doktor jantung tu tanya.. puan ada gastrik tak.. saya kata ada.. doktor kata ini mungkin GERD iaitu acid reflux yg naik ke kerongkong sehingga menyakitkan dada seolah-olah sakit jantung. Justeru itu, doktor menyarankan saya membuat endoscopy pada 14 oktober 2017 nak tengok tahap mana tahap GERD saya ini.
Doakan saya ye kekawan.. semoga kembali sembuh.😊😌

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁


PERKONGSIAN DARI KULIAH SUBUH PAGI INI. Datuk Dr Fhadilah

HIKMAHNYA SAKIT.
Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:
1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.
8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.
9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.
10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
Semoga perkongsian pagi ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...

Sumber : Facebook