Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dokurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Semalam datang lah rajin saya ni.. nak cuba buat sardin sendiri.. ππ dah lama teringin sebenarnya.. pastu post kat WA group Aweks Blogger .. udah nya blogger Norazimah minta resepi.. tu yg hari ni up terus entri sardin homemade ni.. Mak hainom pulak kata.. kalau hang tak ada highpressure noxxa tu Azimah guna jenama lain pun tak apa.. jenama Noxxoss ke hahaha ππ macam2 lah ko nom.. ππ
Jom kita intai resepi yg mudah ini....
Bahannya :
- 1 kg ikan sardin (CH beli 4 ekor jerπ)
- 1 biji bawang besar*
- 2 biji tomato* (* kisar)
- 1 tin tomato puri
Caranya :-
1. Panaskan minyak dengan menekankan stir fry tu.
2. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan tomato puri. kacau mesra.
4. Susun ikan cantik2 dalam pot tu.. susun sama camtu dia tak sembang dah sebab kepala dah kena buang hahaha πππ
5. Benamkan ikan dalam kuahnya ye.. nanti baru masak sekata.
6. Kemudian tutup dan tombol alihkan ke pressure.. lepas tu pergi ke butang high pressure set kan 60 minit . lepas tu tekan butang ON/OFF.
Oleh kerana ikan CH ni besar.. CH tambah lagi 30 minit.. baru tulang temulang lembut ππ
memula CH set 60 minit tu.. tengok ikan kurang lembut tu yg tambah lagi 30 minit.
7. Tunggu sehingga beep berbunyi. release kan tombol ke steam tu.. biar asap tu keluar abis baru buka tutup periuk...
Tu diiaaa habaq ang.. terserlah bau sardin dalam tin tu..πππ
Simpan 2 ekor dalam bekas utk frozeen kan.. nanti nak masak ambil aje dlm tu..
Yang 2 ekor tu CH tumis utk makan lunch tu.. dahlah makan sorang2.. menikmati sungguh saya ni.. regu pulak dengan sayur air petola dgn fucuk serta suhun.. wala wala.. sedap ... ππ
❤SELAMAT MENCUBA❤










