JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Horse Show Sg Besi 26 september 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Horse Show Sg Besi 26 september 2014. Papar semua catatan

Isnin, 29 September 2014

JOM MENUNGGANG KUDA.. kegembiraan Nabil yg MELETOP.... :)

Assalamualaikum kekawan..
Selamat hari Isnin.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya.. sihat serta ceria :)

Pada hari sabtu baru ni saya mengikuti rombongan sekolah Nabil ke Horse Show di Sungai Besi berlangsung dari 27 - 29 September 2014.. jadi pembantu guru pengiring kerana kekurangan guru untuk mengawasi anak2 ni, jadi saya bersama tiga ibu lain sukarela menjadi pembantu.. Horse Show ini dirasmi oleh Sultan Trengganu Sultan Mizan.. Sultan Mizan ni kan peminat sukan berkuda kan.. 


Bersama sahabat baiknya Alif.. 
Kami sampai disini lebih kurang pukul 8.30am pagi.. exited anak2 ni bila ada trip macam ni kan.. Nabil seawal pukul 5am dah bangun.. semangat sungguh..

Bermacam-macam jenis pertunjukan kuda disini kekawan.. tak banyak gambar yg saya ambil.. sebenarnya leka sama menengok pertunjukan itu ehe :)

Saya ada dua anak murid jagaan saya iaitu Adam dan Ehsan jadi campur dengan Nabil dan Nabilah , ada 4 lah anak semua.. Najeeha dengan group guru lain.. luas juga kawasannya... puas lah pergi berjalan dan bermain dengan kuda-kuda ni..

Part ni lah yg menjadi kegembiraan Nabil iaitu menunggang kuda.. suka betul dia dapat tunggang kuda yg besar dan tinggi ni.. bila saya tanya Adam dan Ehsan.. mereka nak naik kuda tak.. mereka kata gayat lah auntie.. :)

Kakak Nabilah pun sama ambil kesempatan utk menunggang kuda tetapi geli apa bila terkena bulu kuda .. boleh menjerit pulak diatas kuda tu.. hahaha semua orang tergelak kan dia :D

Kami semua separuh hari aje disitu.. pukul 1pm kami dah bertolak pulang.. sampai dirumah dah dekat pukul 2pm.. itulah aktiviti kami dihujung minggu baru ni..

Kekawan buat apa pula dihujung minggu lalu :)