JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ikan SIakap Percik Panggang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan SIakap Percik Panggang. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2013

IKAN SIAKAP PERCIK PANGGANG ..... EEMMMM DAPPP ^___^

Assalamualaikum kekawan ... apa khabar ? Lama betul saya tidak update blog.. penuh bersawang ni.. nak update guna handphone malaslah pulak hehehe , banyak cerita yg hendak di kongsi disini selama seminggu bercuti ni... kami pergi cuti-cuti Melaka dan balik kampung juga...

Jadi cuti dah lama ni maka kerja pun berlonggoklah atas meja yg minta diselesaikan ehe :P,
Untuk entri hari ni saya hidangkan lah ikan siakap percik yg saya buat pada hari sabtu... semalam tak masak sebab pergi kenduri kahwin... pergghh kenyang makan nasi arab yg dihidangkan oleh keluarga pengantin tu..


Masa masak ni untuk makan malam sebenarnya.. tapi oleh kerana aroma percik yg menyucuk hidung anak2 bertiga maka makan malam kami diawalkan pada pukul 6 petang hahaha.. memang sedap, sekali hadap jer kami lima beranak ikan ni ...

Sebenarnya saya nak merasmikan pemanggang ajaib yg saya beli di Langkawi tempohari... memang ajaib sungguh lah semasa memanggang ikan tu tak letak pun minyak... tengok cantik jer kuning masak ikan tu dipanggang.. saya masak kuah percik tu asing  lepas tu baru di tuang keatas ikan dibakar tu... pemanggang ni boleh guna depan belakang itu yg istimewa... saya beli hanya RM52.90 di Idaman Suri... berbaloi sungguh... mudah kerja saya... lepas ni nak cuba masak yg lain pula :)


RESEPI IKAN SIAKAP PERCIK PANGGANG

Bahannya :-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 10 tangkai cili kering*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah kecil *
  • 3 batang serai dihiris kecil*
  • 5 biji buah keras* (* dikisar)
  • 1 sudu teh asam jawa (saya guna asam jawa adabi tu)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam 
Caranya :-
  1. Kunyit dan garamkan ikan siakap, kemudian panggang sehingga masak
  2. Di kuali yg lain tumis kan bahan kisar sehingga naik bau wangi
  3. Kemudian masukan asam jawa dan santan serta garam, kacau lagi sehingga naik minyak.
  4. Kemudian hiris daun kunyit masukan kedalam kuali tadi, kacau sebati.
  5. Lepas tu sapukan kuah percik pada ikan yg dipanggangkan tadi. kemudia sapukan pula disebelahnya pula, panggang selama lima minit  kemudian terbalikan masakan selama lima minit lagi,
  6. Siap untuk dihidang bersama nasi putih yg panas... emmm dappnya :)
p/s nanti saya BW kekawan ye :)