JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ikhtikaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikhtikaf. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Julai 2014

:: I'TIKAF ... AMALAN RASULLULLAH S.A..W. yang SEMAKIN dilupakan..

Assalamualaikum kekawan..

Alhamdulillah dah 7 hari kita berpuasa kekawan.. selamat berhujung minggu..



Amalan Rasulullah s.a.w
I’tikaf merupakan di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadhan yang sangat dititikberatkan dan  sekaligus dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w  sendiri senantiasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari dan tidak pernah meninggalkannya semenjak berhijrah ke Madinah hingga ke akhir hayatnya.
Amalan i‘tikaf  kemudiannya di sambung oleh isteri-isterinya ummahatul mukminin .
Dari ‘Aishah r.a. katanya:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. i’tikaf pada tiap tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat.” (HR Muslim)
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
“Rasulullah saw. pernah melakukan i’tikaf pada sepuluh hari pertengahan bulan Ramadan.
Ketika mana waktu dua puluh malam telah berlalu dan akan menyambut malam yang kedua puluh satu, maka beliau kembali ke rumahnya dan sahabat yang beri’tikaf bersama beliau juga kembali ke rumah mereka.
Kemudian beliau bangun malam pada malam ia kembali dari i’tikaf dan berpidato di hadapan sahabat serta menyuruh mereka untuk melaksanakan kehendak Allah lalu bersabda: Sungguh dahulu aku i’tikaf pada sepuluh malam ini (sepuluh malam pertengahan) kemudian nampak olehku (melalui mimpi) untuk i’tikaf pada sepuluh malam akhir.
Barang siapa yang pernah i’tikaf bersamaku, maka hendaklah ia tidur di tempat i’tikafnya. Sesungguhnya aku telah melihat (Lailatul Qadar) pada malam-malam ini, tetapi lalu aku lupa (waktunya), maka cari dan nantikanlah malam itu di sepuluh malam akhir yang ganjil.
Aku pernah bermimpi bahwa aku sujud di air dan lumpur.
Abu Said Al-Khudri berkata: Pada malam kedua puluh satu, kami diturunkan hujan, sehingga air mengalir dari atap masjid ke tempat solat Rasulullah saw., lalu aku memperhatikan beliau. Beliau sudah selesai dari solat Subuh dan pada wajah beliau basah dengan lumpur dan air” (HR Muslim [Bahasa Arab saja]: 1993)
Rasulullah s.a.w pada mulanya telah beri’tikaf pada 10 hari Ramadhan  pertama ,  kemudian 10 hari  pertengahan dalam mencari Lailatul Qadar.
Setelah jelas kepadanya (melalui mimpinya) yang Lailatul Qadar berlaku pada 10 hari terakhir, maka Rasulullah s.a.w  beri’tikaf pula pada 10 hari akhir Ramadhan .
2013-07-28 18.39.04Pada tahun terakhir sebelum Rasulullah s.a.w wafat , Rasulullah s.a.w  telah melakukan i‘tikaf  selama 20 hari iaitu 10 hari pertengahan dan 10 hari akhir Ramadhan. Pada tahun itu Malaikat Jibril a.s  telah membacakan Al Quran sebanyak 2 kali kepada Rasulullah s.a.w.
Kepentingan I’tikaf
Al-Zuhri (Rahimahullah) telah berkata:
“Tersangat anih umat Islam! Mereka tidak lagi melakukan i’tikaf , walaupun jelas bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan amalan ini semenjak hijrahnya ke Madinah hingga ke ahir hayatnya”
Sheikh Wahbah az-Zuhaili merumuskan bahawa yang menjadi tujuani’tikaf itu adalah membersihkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. serta menghentikan aktiviti keduniaan pada waktu-waktu tertentu semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.
Mengikut ijma’ para ulama  bahawa i’tikaf khususnya 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan merupakan suatu ibadah yang disyariatkan dan disunnahkan.

p/s Alhamdullillah ABC saya datang awal.. insyaAllah dapatlah saya bersama merebut i`tikaf 10 malam terakhir tu.. Saya rindu untuk merebutnya lagi.. nikmat sungguh cinta Ilahi... Ya Allah makbulkan permohonan hamba Mu ini.. Amin ya Rabb