JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Jabatan Pendaftaran Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jabatan Pendaftaran Negara. Papar semua catatan

Isnin, 22 September 2014

Melangkah ke ALAM DEWASA... dah besar rupanya NABILAH :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam pagi Isnin yg ceria :)
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu ye :D
Pada hari Sabtu saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Plaza Massalam Shah Alam.. Disini buka Sabtu dan Ahad dari pukul 8am-1.00pm.. Jadi pagi-pagi kami dah pergi pukul 8.15am kami dah sampai :)



Masa tu orang tak ramai lagi.. kami adalah orang yg ke-10 ehe..
Dah alang-alang orang tak ramai tu saya pun ambil kesempatan tukar MyKad saya sekali..

Beriye Nabil tengok kakak Nabilah mengambil gambar MyKad tu.. lepas tu dia yg teruja.." bila pula Nabil boleh ambil gambar macam kakak tu mama? tanya Nabil.. "Tunggu Nabil 12 tahun baru boleh buat MyKad macam kakak" jawab saya.. lepas tu Najeeha pulak menyampuk "maknanya Jeeha lagi dua tahun baru boleh ye mama".. "ye lah " balas saya :)

Ini peraturan mengambil gambar dan pakaian yg sesuai.. masa hari tu saya pakai tudung biru, kakak nabilah pun sama.. jadi gambar semua biru sebab MyKad tu kan biru.. jadi saya cadangkan kawan pilih warna merah, ungu ke, hijau, kuning.. baru cantik gambar di MyKad tu..

Dulu ianya di panggil Kad Pengenakan @ IC , diperkenalkan pada tahun 1807.. dah 207 tahun lamanya kan kekawan..

IC seperti kad pula dipekenalkan pada tahun 1948.. masa ni mesti zaman datuk moyang kita kan..

Ini pula diperkenalkan pada tahun 1960, saya merasa menggunakan IC, tahan lama kan kekawan.. diperbuat dari plastik yg lembut.. lepas tu tulisan masih guna tangan.. :)


Pada tahun 1990 dipekenalkan gambar berwarna, saya pun menukarnya, tapi kualiti plastik tak elok, senang terbuka di tepinya dan senang terlipat..




Lepas tu diperkenalkan gambar berwarna berkualiti pada tahun 1997..  tapi  plastiknya keras sikit.. saya tak tukar pun masa ni..

Pada tahun 2001 diperkenalkan pula MyKad.. semua orang diwajibkan tukar kan.. saya menukarnya pada tahun 2004 .. masa tu saya mengandung Najeeha.. sudah gambar kemain gemuk.. membesar bagai johan :D


Pada tahun 2011 di pekenalkan Mykad yg baru, pada tahun ini baru saya dapat menukarnya, itupun nak buat MyKad kan :) , 
 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Kad Pengenalan Warganegara Malaysia atau Mykad yang baru. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan (Admin rujuk Kamus Dewan: Turis bermaksud Toreh) laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di SIRIM dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.


Masa nak balik sempat juga Najeeha nak letak nombor tu di kotak senyum tu.. dia kata abang yg proses MyKad kakak tu senyum ajer :)

Adik tu kata esok siap kak.. nanti ambil dikaunter 15 @ 16 ye.. jadi esoknya balik daripada pasar pagi saya singgah sekali lagi dengan bebudak ni untuk ambil MyKad ni..

"Akhirnya saya gembira dapat MyKad " kata Nabilah.. jadinya Nabilah dah masuk Adult lah ni.. kena bayar lebih lepas ni bila nak masuk mana-mana tempat kan, tikit kapal terbang pun dan kira adult ehe :)

Kekawan dah tukar ke MyKad baru tu :)