JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Jelly Milo Rumpai Laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jelly Milo Rumpai Laut. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

Jelly Milo Rumpai Laut ... Yummy ^___^

 Dah lama saya tak cerita pasal Rumpai laut ni a.k.a PMC...saya buat jelly ni pada hari minggu baru ni... budak-budak bertiga ni suka sangat kalau saya buat jelly/agar-agar.. buat pulak rasa milo lagi lah dia orang suka....

Jelly Milo Rumpai Laut
 Saya buat dua lapis, diatasnya milo dan dibawahya susu... perghhh gabungan yang mantop tu...

Stok dah mari siapa nak oder cepat-cepat takut habis... harga pun dah murah 100gram hanya RM10.00 jom...

Jom kita semak pulak resepi Jelly Milo Rumpai Laut ni...

 RESEPI JELLY MILO RUMPAI LAUT









Bahan-bahannya :-
  • 30 gm rumpai laut kering (rendamkan bagi kembang)
  •  41/2 cawan air 
  •  2 cawan gula
  •  3/4 cawan serbuk Milo
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak rumpai laut yang telah dikembangkan bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian tapis rumpai laut tersebut, kemudian masukan gula. Bila dah sebati bahagi dua bahan tersebut.
  3. Untuk lapisan pertama masukkan milo kedalam bahan tersebut, kacau perlahan hingga bahan sebati.
  4. Tuang bahan kedalam acuan (ikut suka acuan anda ye)
  5. Ketepikan lapisan pertama..
  6. Buat pula lapisan kedua, masukan susu dan esen vanila. Kacau perlahan hingga bahan sebati.
  7. Lorek-lorek lapisan pertama tadi dengan pisau (garfu) supaya ianya melekat dengan lapisan kedua.
  8. Kemudian tuang bahan lapisan kedua kedalam acuan tadi.
  9. Masukan kedalam peti ais, tunggu keras.
  10. Siap dihidang semasa sejuk.

Jom cuba kekawan.... senangkan :D