JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Jus avocado. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jus avocado. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2015

JUS AVOCADO A.K.A ALPOKAT ... emmmm dapnyaaa ^___^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Saya beli buah Avocado di Giant pada hari Jumaat masa nak ambil kak Nabilah. Hari sabtu saya pun kupas lah nak cuba makan.. lepas kupas tu saya letak dalam bekas dan pergi kedepan sekejap...
Lepas tu dari dapur dengar nabil melaung kat saya.. 
"Mama.. ni buah apa.. boleh Nabil rasa tak?" tanya nya..
"Rasa lah " Jawab saya..
Tiba-tiba Nabil menjerit " Mama.. apa rasa buah ni .. tak sedap"
Saya pun bergegas kedapur.. saya tengok nabil tengah meludah-ludah didalam singki .. membuang rasa tak sedap dia tu :P
Saya pun mencubalah rasa makan macam tu.. rupanya rasanya lemak sahaja dan tak ada rasa manis pun, saya pun tak pernah makan macam tu je hahhaha :D
Saya kata "buah ni sedap buat jus.. nanti mama buat jus.."



Saya pun meng google lah cara nak buat jus avocado ni dan apa bahan2 yg diperlukan.. tengok bahan semua ada dirumah.. jadi boleh lah saya mencubanya..
Suka pulak Nabil bila dah jadi jus ni .. sampai dua kali dia mengulang minum jus ni.. tambahan pulak dengan coklat tu.. lagi lah suka dia.. saya ambil resepi dari My Recipi tu..

Tips untuk membeli Avocado ni .. 

1. Pilih buah yg berwarna hitam, itu tandanya buah dah masak.
2. Jangan di cungkil kulit, cuma kepal buah tu, jika lembut dah masak.

Jom kita intai resepi yg mudah ni.. kalau beli kat luar mahal segelas Jus Avocado ni.. baik kita buat sendiri ^__^

RESEPI JUS AVOCADO @ ALPOKAT

Bahannya:-
  • 1 biji buah avocado yg masak ranum
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 3 cawan kiub ais
  • Coklat cair Hershey's
Caranya :-
  1. Korek buah avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender.
  2. Masukan susu segar dan susu pekat serta kiub ais.
  3. Blend hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair.
  4. Picitkan coklat cair di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas.
  5. Siap untuk dihidang