JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label KEK KUKUS 7 UP NUTTELLA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK KUKUS 7 UP NUTTELLA. Papar semua catatan

Khamis, 5 Februari 2015

KEK KUKUS 7 UP NUTTELLA

Assalamualaikum kekawan ... 

Semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya...

Ini pun hasil sekodeng di FB semalam petang, tengok elok cantik naiknya kek kukus 7 UP

 ni.. berkobar-kobar semangat nak mencubanya.. macam nak buat jer cuti weekend ni 

kekawan.. Jadi macam biasa , saya save dulu di sini nanti bila nak buat, rujuk aje blog 

sendiri, tak gitu kekawan.. Terima kasih kepadaNoor Abdul Rahim dengan resepi yg

cukup menarik ni :)





Kek Kukus 7 Up (telah diubah suai)
OLEH:Noor Abdul Rahim
www.bukuresepi.com
bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur saiz besar - suhu bilik
3/4 cawan gula halus
1/2 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan 7 Up
2 1/2 sudu besar air perahan lemon
3 pewarna pilihan anda
nutella secukupnya
cara-cara :
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan
2. Pukul telur, gula & ovalette hingga kembang.
3. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit & diselang dgn air 7 Up. Gaul rata.
4. Masuk kan susu pekat manis & air perahan lemon, gaul hingga sebati.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Warnakan kepada 3 warna berasingan.
6. Tuang adunan pertama kedalam acuan & kukus selama 7 minit didalam pengukus yg telah mendidih airnya.
7. Setelah 7 minit, sapukan nutella keatas cake kemudian tuang adunan kedua & kukus lagi selama 7 minit.
Ulang proses untuk lapisan ketiga kemudian kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Suka ·