JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Kailan Hongkong Goreng Ikan Masin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kailan Hongkong Goreng Ikan Masin. Papar semua catatan

Khamis, 27 Mac 2014

KAILAN HONGKONG IKAN MASIN.... emm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan... :)

Dinner malam tadi kami ni... Kailan Hong Kong Ikan masin... jauh datang kailan ni kan kekawan ehe :)
Mahal pulak tu sekilo RM15, saya beli dua  ikat tu.. tak sampai sekilo RM7, patutlah mahal sebab tak pahit macam kailan biasa tu.. lembut dan manis daunnya..
Memenuhi permintaan kakak Nabilah suruh masak dengan ikan masin.. tak menyabar nak makan malam tu.. asyik kedapur je menanya... dah masak ke mama.. malam tu pulak regu dengan goreng kerapu masak tiga rasa... lagi suka dorang tu..

Jom intai resepi yg mudah ni :)

KAILAN HONGKONG GORENG IKAN MASIN

Bahannya :-
  • 1 ikat kailan hong kong - disiang bersih, cuci dan toskan
  • 2 potong ikan masin tinggiri
  • 1 biji bawang merah besar dihiris
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
Caranya :-
  1. Goreng ikan masin, kemudian asingkan dengan tulang, hancur-hancurkan.
  2. Kemudian tumis bahan hiris dan letak air serta sos tiram, selepas tu baru dimasukan sayur kailan.
  3. Kacau sebati masukan pula ikan masin yg dihancurkan tadi, rasakan masin nya, jika okey tak perlu tambah garam, jika kurang bolehlah ditambah garamnya.
  4. Siap dihidang bersama nasi putih panas ...