JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Kari Ketam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kari Ketam. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

KARI KETAM .... yummy :)

 Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Ini gara-gara mummydearie tunjuk abang makan bertambah dengan masak lemak ketam.. tu yg tergoda nak masak.. mula-mula nak masak lemak dengan kacang panjang.. pastu tengok kacang panjang dah kecut.. tu ganti dengan kari.. semua dalam rumah ni suka kari.. jadi senang kerja mama dia nak masak..


Alhamdulillah semalam pun penuh puasa walaupun sipi-sipi nak berbuka ehe.. bertambah dia makan kari ketam ni .. pastu minta sediakan Jus Nata Decoco Rumpai laut ni.. ini dia tengok dalam peti ais.. tu yg hampir2 nak berbuka :)


Semua bahan dah siap sedia dalam petiais tinggal nak masak jer.. saya regu kan juga dengan kobis goreng ala mamak tu(klik sini) dan goreng ikan bilis kentang.. pastu abah dia ada amik bubur lambuk di masjid.. Alhamdulillah untuk berbuka semalam..

RESEPI KARI KETAM


Bahan-bahan:
  • 3 ekor ketam dikerat dua
  • 3 ulas Bawang merah kecil
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 2 biji kentang dipotong empat
  • 2 buah tomato
  • Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 buah Pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Setangkai daun kari
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-cara :-

1. Basuh ketam hingga bersih. toskan, ketepikan..

2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)

3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,

4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.

5. Masukan kentang dan ketam , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih

6. Selepas itu masukan tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukup rasa.

7. Tunggu sehingga mendidih . Angkat .Siap dimakan bersama nasi.