JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Kelas Renang di Akuatik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Renang di Akuatik. Papar semua catatan

Isnin, 9 Februari 2015

Kegembiraan MELETOP Bila Di Kolam RENANG ^___^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dibawah lindungi Ilahi hendak :)



Pagi Sabtu yg lalu selepas drop by Nabil di kelas memanah, saya terus pergi ke Akuatik Shah Alam untuk kelas renang bagi kakak 2 orang ni.. begitu teruja lah nak belajar berenang mereka ni..


Inilah coach mereka , Cik Azura yg sangat baik kata mereka, saya tengok gembira jer mereka belajar bersama coach yg murah dengan senyuman.. mula-mula coach ajar cara bernafas dalam air.. Gelembung kan pipi.. lepas tu menyelam .. dan keluarkan gelembung udara tu..

Mula mereka menyelam dan bernafas dalam air tu.. tergelak saya tengok mereka berdua tu.. tercungap juga :)

Lepas tu belajar untuk terarpung diatas air pulak..

Buat dulu latihan diatas cara-cara nak berenang, bagaimana pergerakan kaki tu...

Lepas tu baru dipratik didalam kolam pulak.. "berenang macam kaki katak mama " kata mereka bercerita dengan saya. Saya hanya duduk ditepi kolam tu sambil mengambil gambar. Ambil gambar tu dah semestinya.. mama kan blogger ehe :D

Mereka belajar selama 1 jam ajer.. itu pun dah menggigil kesejukan.. kelas bermula pukul 9.00-10.00am, saya ambil sisi pagi sebab senang sekali hantar Nabil. Saya perhatikan kakak Nabilah cepat belajar, coach selalu sebut.. ok good Nabilah.. dah boleh buat dengan baik.. yg Najeeha ni belum boleh sangat lagi.. dia kata.."Jeeha kena menjingkit dalam kolam tu mama, kolam tu dalam juga".. "Ok lah, tak pe , baru first daykan.. lama2 nanti ok lah tu" balas saya.. 
Jadi sepanjang hari tu dok bercerita kisah mereka berenang jer lah dengan gembiranya..

Saya daftarkan mereka di kelas MAI SWIM.. banyak cawangan tempat kelas renang disediakan oleh Maiswim ni..

PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN, SHAH ALAM,
MULTIMEDIA UNIVERSITY, CYBERJAYA & PUSAT KEJIRANAN PRESINT 11, PUTRAJAYA





Saya ambil yg 4 kali seminggu pada hari Sabtu , masa 9.00-10.00am. RM80.00 dan pendaftaran RM20.00. Kelengkapan renang disediakan oleh kita sendiri. Jika kekawan berminat boleh lawat laman web ini http://www.maiswim.com/kelas-renang.html

Lepas habis kelas renang , pergi pulak ambil Nabil, Tapi bila sampai sana tengok Nabil macam tak ceria saja.. rupanya hari ini coach dia tak datang, jadi tak ada lah shoot memanah, cuma belajar cara-cara pasang bow ajer .. frust sungguh lah Nabil :(