JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Kenduri kahwin anak geng sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri kahwin anak geng sekolah. Papar semua catatan

Isnin, 8 Ogos 2016

RAIKAN CINTA ANAK GENGS SEKOLAH 😆😊😍 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Dari kanan, saya , Che Ta, Hawa (mak pengantin) dan Shidah..
Pada hari sabtu yg lalu memenuhi undangan perkahwinan anak gengs sekolah lagi.. ini kenduri perkahwinan anak Hawa yang ke tiga yakni anak sulongnya, sebelum ni yg dua tu perempuan, pada awal tahun itu hari pun Hawa buat kenduri kahwin anak perempuannya juga tapi saya tidak berkesempatan utk hadir kerana ada undangan perkahwinan keluarga jua. 
Berjanjilah dengan kawan sekolah lain sebab di Shah Alam pun saya ada kenduri juga, jadi saya pergi awal pada pukul 11am dah sampai di rumah Mashitah di Sg Serai Kuang tu, sebelum mak pengantin kemana-mana mari kita bergambar dulu kata kawan saya Che Ta .. hahahaha posing sakan lah mak dara ni kan :D

Nora taukeh katering tu yg bertudung coklat sebelah saya :)
Katering, Hawa dari Nora yakni kawan sekolah kami jugak, tak sangka dah jadi taukeh katering sekarang, sedap sungguh masakan Nora, hari itu ada Soto Ayam.. apa lagi Kak Nabilah yg suka soto sampai 2 kali bertambah, mujurlah orang tak ramai lagi sebab awal kan.. boleh lah mereka makan puas2.. saya sendiri pun selepas makan nasi beryani yg sedap itu, mencuba pula soto ayam tu... memang sedap... Dah lama saya tak jumpa Nora ni, hampir 30 tahun, bila hawa kata dia ambil katering Nora tu yg sakan nak berjumpa, Nora rupanya dah ada 2 orang cucu.. hahhaha nampaknya CH kena tunggu 10 tahun lagi lah.. InsyaAllah kalau panjang umur kan ...

Matahari tengah terik memancar.. memasing mata dah kecik ajer..
Dari kanan, Shidah, Saya, Hawa, Che Ta, Nora, Mashitah, Faridah dan Siti Aishah
Sebelum nak balik tu, posing juga dgn kekawan yg datang awal, Idah nak ke Meru pun kenduri kahwin , Aishah juga hendak ketempat lain juga.. Che Ta hendak ke Kuala Selangor utk jemputan kahwin juga.. pukul 12.30 kami beredar ke destinasi masing-masing...

Kami kan tak sempat menunggu pengantin datang, jadi Maryam dengan Sanisah yg pergi lewat sempat lah berjumpa pengantin, jadi gambar ni saya ambil dari group WA ladies sekolah kami lah... anak hawa yg lelaki tu, berkahwin dengan orang kelantan, masa 2 minggu lepas raya itu hari, Hawa pergi menghantar anaknya menikah, ini kira menyambut menantulah..
Selamat pengantin baru buat kedua pasangan, tahniah Hawa kerana menerima menantu lagi..