JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Kg Kuang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kg Kuang. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2014

SYAWAL DAY 1 :: Kegembiraan yg MELETOP Raya DIKAMPUNG sendiri :)

Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua kekawan blogger.. hari ini saya mula berkerja setelah bercuti selama seminggu ,
Blog pun turut sama bercuti raya ehe :)
Lebih terasa meriah lembaran ni bila hari raya pertama disambut bersama mak dan abah.. pagi raya dapat mencium tangan dan pipi keduanya.. 

Menu utama kami masa raya pertama ini adalah Soto Ayam.. dimasak oleh chef Kak Andak saya.. gambar masa membuatnya tak sempat pulak nak ambil.. semua kesibukan nak menyediakan masakan..


Part saya adalah menyediakan rendang, hari tu saya sediakan rendang rusa dan rendang campur hati,limpa, paru dan daging, rendang campur ni kesukaan mak saya.. rendang rusa ni resepinya disini Rendang Daging Rusa



Dibantu oleh chef Nabil.. sibuk dia nak tolong kacau rendang tu.. saya suruh dia kacau masa mula-mula tu jer.. bila nak kering baru saya kacau pula.. masa Nabil kacau rendang ni, saya dengan en suami sibuk merebus ketupat.. tak sempat juga nak mengambil gambarnya :)




Seusai solat sunat Aidilfitri.. rombongan dari masjid akan bermula.. rombongan ni mengikut lorong rumah adalah dalam 12 rumah yg mereka pergi.. budak bertiga ni suka sangat bila turn raya rumah mak saya ni sebab suka ikut rombongan raya ni.. ditempat en suami tiada rombongan raya macam ni.. Gambar diambil oleh Kak Nabilah dah jadi tak tentu.. dgn gambar orang separuhnya jer hahaha..
Begitulah lebih kurang raya pertama kami.. sebenarnya banyak gambar nak tempek.. tapi tak tahu nak susun macam mana haha..

Raya kekawan macam mana.. tentu meriahkan :)

p/s tentu kekawan dah ada yg mula puasa enam kan.. saya ingat nak mula hari ni.. tengok ABC dah datang menjelma.. kena tangguh minggu depan pulak nampaknya :)