Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Goreng labu ni masa hari sabtu yg lalu.. memula nak buat pengat tapi tak rajin pulak nak menyantan bagai 😆😅. Maka jadi lah labu goreng mengganti pisang goreng..
Weyy sedap rupanya labu goreng.. lagi sedap dari keledek goreng.. lembut jer isinya.. cicah pulak dgn sambal tumis.. lagi tak sedar habis sepiring oleh saya seorang. 😆😊
Cara goreng dia lebih kurang goreng pisang juga. Tambahan guna resepi tepung rangup.. alahaiii.. sedap je krup krap makan kan..
Jom kita intai resepi tepung goreng yg rangup ni.
LABU GORENG RANGUP
Bahannya :
- 1/2 biji labu (potong kecil ikut suka hati 😊)
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu besar majerin ( cairkan pastu biarkan sejuk)
- Air secukupnya
Caranya :-
1. Satukan semua bahan kecuali air dan majerin dalam mangkuk.
2. Masukan air sedikit-sedikit sehingga adunan mesra dan pekat sedikit. Adun guna tangan jadi tahu kepekatan mana yg sesuai utk tepung tu di goreng dgn labu nanti.
3. Kemudian baru masukan majerin cair tadi.. kacau sehingga mesra.
4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian celup labu dalam adunan tepung tadi.
5. Goreng sehingga kekuningan dan toskan dalam tapisan. supaya kekal rangup tepung.
6. Ulang sehingga labu habis digoreng.
7. Hidang bersama kopi 0 panas.. emmm dapnyaaa 😆😅
p/s saya cuti lagi sehingga khamis.. update entri pun guna handphone. semalam bz sungguh.. hari ini saya cuba BW kekawan ye 😊☺

