Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)
Masak lemak putih labu pucuk manis ni masa hari ahad tempohari.. masa saya tengah memilih ubi kayu tu terpandang pulak labu yg cantik menguning tu.. saya telah dibelah 4, jadi saya ambil 1/4 bahagian tu, pastu tengok kat sayur kampung tu tengok pucuk manis mengamit utk diregukan bersama labu tu... cepat jer tangan saya mencapai pucuk manis tu.. okey juga lunch nanti masak lemak putih labu pucuk manis ni...
Semasa saya memasak buah labu ni.. Nabil terlihat.. "Mama, labu ni makanan kegemaran Nabi kita kan.. makanan sunnah kata ustazah" katanya.. saya tanya" Nabil suka buah labu ni?" "tentulah suka, itu hari mama buat kuih dengan labu ni kan" jawapnya.. tentu Nabil teringat koci labu yg saya buat itu hari.. dah lama tak buat kuih koci labu.. sudah teringin pulak ni.. hahaha ada saja saya ni kan..
MAKANAN KEGEMARAN NABI SAW & KHASIAT BUAH LABU KUNING
Kadang-kandang Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".
KHASIAT BUAH LABU
1.Vitamin A. Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
2. Kulit Halus Berseri. Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
3. Antioksida. Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
4. Rabun Malam. Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.
5. Masalah Paru-Paru. Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.
Wallahu'alam.
Jom intai resepi yg mudah ini kekawan..
RESEPI MASAK LEMAK PUTIH LABU PUCUK MANIS
Bahannya :-
- 1/4 buah labu (dipotong 4 segi kecil)
- 1 ikat pucuk manis (bersihkan dan celur sekejap hilangkan pahit)
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- Segengam ikan bilis
- 1 mangkuk santan (ambil santan yg kedua)
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Masukan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam. Masak hingga labu empuk. Kacau selalu supaya tidak pecah santannya.
- Kemudian baru masukkan daun pucuk manis yg telah kita celur tadi bersama dengan cili merah yg dihiris. Kacau sebentar dan rasa garamnya.
- Setelah semuanya secukup rasa tutup api dan siap untuk dihidang.


