Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
Tahun ni FIL buat lagi korban.. ini utk adik beradik FIL.. tumbang seekor utk buat korban.. Boleh tahan juga garang lembu ni.. saya menjerit kat Nabil jgn duduk dekat2 sangat.. Nabil tu punyalah teruja nak melihat lembu tu..
Sembelih lembu tu pada hari Jumaat, raya kedua.. cepat juga mereka menyiapkan kerja2 melapah daging ni.. saya tak menolong sangat kerja di luar ni saya hanya buat kerja dalam rumah jer..
Pak itam lah chef pada hari itu.. masak2 tu dibuat sebelum solat Jumaat.. Menu hari tu Nasi Beriani, Kari Daging, Kurma Daging, Ayam masak merah (kena juga ada ni... takut ada tetamu tak makan daging, jadi adalah lauk utk dimakan)jelata nenas,
Selepas solat jumaat majlis tahlil dan doa selamat diadakan.. Si baju tu org kuat majlis hihihi.. jgn mare ye bang..
Ni sebahagian ahli keluarga yg bergambar.. gambar ni pun saya ambil dari group wasap keluarga en suami..
Kredit buat pak cik yg suka ambil gambar .. terus update di wasap.. pak cik kata nasib lah gambar korang tu.. cantik ke tak.. tak ada nak edit2 ke ~___^