JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Marhaban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marhaban. Papar semua catatan

Selasa, 11 Julai 2017

Random Gambar Raya..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Banyak pergi open house ke kekawan.. saya ni semakin malas nak ambil gambar dan update entri.. pada hal byk je yg hendak diceritakan.. hari ini entri saya rangkumkan semua gambar yg ada sikit ni.. buat macam lieya latif senang kan hahaha 😆😅
Pada hari rabu 28.6.2017 saya beraya di Kuang pula.. mula2 rumah dituju adalah rumah mak cik saya.. adik arwah mak.. 2 org jer mak cik yg tinggal skrg. Mak cik menghidang nasi tomato dan ayam masak merah. Kebetulan sampai tengahari..
Lepas tu gi rumah kak andak.. kak andak masak soto.. dia dah pesan siap2 mkn sikit rumah mak cik tu hahaha..
Tak ada gambar pulak sbb sedap benor soto kak andak. Nabilah siap suruh tapau lagi .. malu mak nak oiii😆
Pastu gi rumah kak lang.. kak masak gulai nangka ayam kampung dan rendang daging paru dan limpa. Aduhai teringat arwah mak.. ini lah hidangan yg selalu disediakan pagi raya bersama ketupat.

Masa raya kedua adik saya.. si uda tu wasap.. dia dah pecah ketuban masa tgh nak beraya di kg mertuanya.. kebetulan lalu depan hospital Segamat.. terus lencung masuk kat situ.. hari rabu malam baru bersalin. Sepatutnya due date 4.7.2017.. ni dah jadi anak JDT.. dapat anak lelaki.. dah dua pasang anak adik saya ni.. Alhamdulillah.. 

Pada hari ahad 2.7.2017 kak andak dan kak lang buat aqiqah dan tahnik cucunya.. buat kat rumah arwah mak abah tu.. kak andak skrg yg tinggal dirumah tu. Belah pagi marhaban perempuan. Elok jer diam dua cucu ni😘😍

Petang pukul 2.00 adik saya bawa anak2 tahfiz untuk qasidah dan tahnik si cucu ni.. pastu ada sheikh dari syam yg tahnik kan tu.

Menu utama sudah semestinya kambing panggang ni.. 2 dibuat panggang 2 ekor lagi dimasak kari.. Kegemaran anak2 saya ni .. Nabil ke situ yg di ulang berulang kali..

Hari sabtu 8.7.2017 kami balik kg en suami lagi kerana menghadiri perkahwinan anak pak uda Razak. Sekali 3 pak uda kahwin kan anaknya.. senangkan sekali harung .. save bajet.. meriah sungguh.. kemain ramai jemputan.. dah pertama kali buat kendurikan. Hari tu sampai rumah dah hampir pukul 7pm.. penat  bukan main tapi kenyang hahaha.. siap tapau lagi nasi beryani kari kambing batu pahat yg sedap ini.
Ini lah kisah sepanjang minggu sudah.. tunggulah entri rajin saya ye .. 😅😆


Khamis, 3 September 2015

MARHABAN CUKUR JAMBUL ~ NUR AFIFAH

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Pada hari sabtu tu juga selepas majlis khatam quran pengantin..  di entri ini kak andak saya mengambil kesempatan utk membuat majlis cukur jambul cucu dia yg kedua tu.. 

Nenek dan makcik serta pakcik pulak utk mencukur jambul cucu ni.. baik sungguh cucu ni.. tak menangis pun sepanjang majlis tu.. masa dalam buai tu elok pulak tidurnya.. lena bila mendengar alunan zikir marhaban tu.. Bila di sapu madu di bibir nya.. menjilat bibirnya suka..

Mohd Nur Husnah, Nur Syahirah dan Nur Afifah..
Ini ibubapa Nur Afifah.. semoga dapat mendidik anak nya menjadi anak yg solehah..

Ini kak andak saya.. nenek vogue yg tak sempat tukar baju kurung.. sebab sibuk memasak di dapur.. ini cucu keduanya.. inshaAllah tahun depan bertambah lagi seorang cucunya..

Lepas tu masing-masing sibuk berselfie didepan pelamin tu..

Amboi nekmummy ni ehe... boleh ke Hainom okje , CH ni pun panggil nekmommy nak vouge jugak... hahhaha..
Tudung sama pink dgn anak buah ni.. sibuk lah berselfie sama :D