JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Februari 2015

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI :: Kecintaan Kepada Hari Jumaat Dan Masjidnya ..

Assalamualaikum kekawan...

Salam Jumaat yg mulia... Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Ilahi jua...


Semasa kami adik beradik mengemas almari arwah.. terjumpalah kami nota-nota yg ditulis oleh arwah abah, tujuan kami menyemak diari dan nota-nota tulisan abah adalah utk mencari kalau ada arwah abah mencatat hutangnya kepada orang lain ke... Mak kata "InshaAllah, mak berani kata abah tak ada berhutang, malahan abah tu banyak memberi adalah".. Benar seperti yg mak kata , sepanjang kami membaca catatan arwah abah tu tiada satu catatan hutang pun didalamnya.. Arwah abah ni sangat suka mencatat sesuatu didalam buku notanya..
Jadi salah satu nota yg banyak arwah abah tulis ialah tentang solat Jumaat di masjid kesayangannya itu.. Adik saya kata "tengok ni siap tulis tarikh dan bertandatangan lagi, abah ni memang berdisplin orangnyakan..." Betapa masjid dan solat Jumaat tu sentiasa dihatinya.. 





Inilah masjid di kampung saya tu Masjid Al-Islahiah , Batu 17 3/4 Kuang , Selangor, rumah saya dengan masjid ni dekat aje lebih kurang 200 meter dari rumah saya.. dulu masa saya kecik2 dulu masjid ni diperbuat dari papan, suka sangat pergi kat masjid tu.. Sekarang di perbaharui dengan binaan batu, namun begitu ruangan solat tidak mencukupi bila Solat Jumaat dan dikatakan akan buat pembinaan baru utk memperbesarkan masjid ni..

Dulu saya ada tanya mak.. "kenapa mak tak pergi masjid sama abah?" masa tu saya sekolah rendah lagi.. sebab apabila ada majlis kebesaran Islam seperti Mauludir Rasul, kami adik beradik ajer yg pergi sambil membawa berkat utk disedekah kepada masjid utk majlis itu.. Rupa nya abah ada berpesan pada mak " Den , izinkan kau pergi ke masjid jika kau boleh, Butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut semasa berada di masjid, den tak mahu ianya menjadi fitnah bila kau dimasjid, sebaik-baik tempat solat perempuan adalah dirumah"... Kata mak lagi" itulah kata-kata yg dipesan oleh arwah atuk kepada arwah nenek jika hendak ke masjid"... Patutlah mak hanya ke masjid bila solat hari raya puasa dan hari raya haji sahaja... Solat tarawikh pun mak solat sendirian aje dirumah.. begitulah pegangan agama orang tua-tua dulu-dulu kan.. dijaga sungguh adab-adabnya utk ke masjid..

Rindu pada arwah abah :( Al Fatihah