JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Mee Bakso Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee Bakso Daging. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2014

MEE BAKSO DAGING MUDAH DAN SEGERA .. emmmm dapnya :)


Assalamualaikum kekawan.. petang yg ceria :)

Saya buat mee bakso daging ni semalam petang .. kiranya merangkap dinner kami lah ahad tu.. dah 2 hari asik makan nasi kenduri jer.. pastu tengahari tu pergi kenduri doa selamat.. jadi malam kita makan mee pulak :)

"Jemput makan " kata Nabil.. dah sup ni memang kegemaran dia kan, apalagi, bertambahlah makannya.. entah kenapa Najeeha yg jarang bergambar ni pun nak enterprem ehe :)

Sebab apa saya kata buat bakso mudah.. kerana saya beli yg ready made bebola daging dipasar tani hari minggu tu.. jadi tak perlulah saya menyediakan bebola daging tu kan.. memang mudah dan segeralah hendak dimakan.. kak nabilah yg nak sangat bebola daging ni .. katanya nak masak spageti.. Rangka ayam tu pun utk jadi bahan utk buat sup jugak tu.. dorang ni suka sangat meratah tulang2 dari isinya..

Jom intai resepi Mee Bakso Daging saya yg mudah ni kekawan...
Tak sampai 1 jam dah tersedia untuk dimakan :)

RESEPI MEE BAKSO DAGING

Bahannya :-
  • 1 bungkus mee kuning (saya ambil jenama Siti sebab dia tak ada bahan pengawet)(dicelur)
  • 1 peket bebola daging
  • sedikit rangka ayam (saya beli rangka ayam masa tu)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 suduh teh lada sula biji*
  • 3 biji lada hitam* (*dikisar)
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 100 gram taugeh(dicelur)
  • 1/2 batang lobak dipotong panjang (disagat)
  • sedikit kobis yg dipotong halus
  • sedikit hirisan daun bawang dan sup
  • Garam secukup rasa
  • Sambal kicap saya blend 20biji cili api, 2 sudu kicap dan 1/2 cawan air.. lepas tu masakan (seperti gambar)
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wang bersama bunga lawang,pelaga dan cengkih hingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukan air, (ikut kuah nak banyak mana .. kalau ramai anak kena banyak kuah kata Chef Wan kan ehe) . kemudian masukan rangka ayam dan bebola daging, biarkan mendidih, rasa garamnya.
  3. Siap untuk dimakan.. ehe mudahkan...