JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Meninggal Imam Besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meninggal Imam Besar. Papar semua catatan

Selasa, 10 Jun 2014

5000 Jemaah Solat Jenazah.. IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR ~ TN HAJI AHMAD MUSTAFA..

Assalamualaikum kekawan...

Malam tadi seluruh Shah Alam diselubungi kesedihan dengan berita pemergian Imam besar Masjid Negeri Shah Alam, tiada lagi mendengar alunan suara yg merdu sewaktu mengimankan solat ..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

Dengar disini ..Solat Tarawih Imam Besar


SHAH ALAM 9 Jun - Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd. Sidin Al-Muqri, 40, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam ini.
Allahyarham yang dimasukkan di Unit Rawatan Koronari, IJN pada 4 Jun lalu, meninggal dunia pada pukul 9.07 malam ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada malam ini untuk dimandi dan dikafankan.



5000 ribu jemaah solat jenazah Imam Besar Negeri Selangor


SHAH ALAM 10 JUN: Kira-kira 5,000 jemaah melaksanakan Solat Jenazah ke atas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Turut serta dalam Solat itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah di Masjid Negeri Shah Alam di sini.
Selepas disembahyangkan jenazah dibawa ke Batang Kali untuk dikebumikan.