Entri melekat sehingga 11/7/2016 :)
(entri baru ada dibawah)
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua..
Diam tak diam dah 25 hari kita berpuasa.. semakin hampir ramadhan mubarak ini akan meninggalkan kita.. pilu pula rasa dihati.. inilah bulan madrasah buat kita.. mendidik hati supaya lebih bertaqwa kepada Pencipta yg satu... Allah Rabbul Jalil..
Jadi dengan kesempatan yg ada 5 hari ini..
Saya menyusun sepuluh jari..
Memohon kemaafan kepada kawan-kawan alam maya saya..
sama ada yg menjadi follower saya dan juga silent reader saya..
Sekiranya sepanjang penulisan saya ini ada yg menyinggung perasaan kekawan semuanya..
Begitu juga jika ada gurau senda saya ketika meninggalkan komen di blog kekawan.. ada yg terguris hati..
Justeru itu, kemaafan, keampunan yg amat sangat saya mohon
daripada kekawan semua..
Apa yg kita harapkan semoga amalan yg kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t...
Tidaklah ia menjadi amalan yg sia-sia..
Allahu.. takutnya saya :(
Salam Aidilfitri buat kekawan semua..
Berhati-hati dijalan raya bagi yg balik berhari raya dikampung..
InshaAllah saya juga akan pulang kekampung en suami pada hari Isnin, sambil menjemput kakak ipar di airport untuk pulang beraya bersama. Sepatutnya hari raya ini giliran di tempat saya, tetapi apabila kedua orang tu saya telah pergi meninggalkan kami pada tahun lepas, jadi pulang lah berhari raya dikampung en suami, tambahan masa balik kampung , FIL pun kata, abah ni pun 3 4 tahun jer lagi.. aduh sedih pula mendengar katanya.. ye lah sementara ada inilah kita menziarah orang tua kita, biar pun abah mertua.. ia nya tetap seperti abah sendiri..
"DARI JAUH KU POHON MAAF"
p/s Entri terbaru ada dibawah ye :)