JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Nasi Goreng Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi Goreng Ikan. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mac 2014

NASI GORENG IKAN .....yummy :)

Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah ... Moga sihat dan Ceria :)

Nasi goreng ikan ni permintaan kakak Nabilah, malam tadi saya goreng berlado ikan kerisi untuk  makan malam, masa tengah makan tu siap minta lah kat saya, "Mama esok pagi sarapan, buat nasi goreng ikan ni ye"... "boleh ajer jika ada nasi berbaki" jawap saya... So saya makan sikit jer lah malam tadi supaya pagi ni dapat saya buat nasi goreng, malam tadi pun en suami tak balik sebab banyak kerja mesej nya, biasalah diawal bulan ni siapkan gaji pekerja... 
Siap bawa bekal ke sekolah kak Nabilah nasi goreng ni... lagi satu dia ni nak bawa bekal sebab nak simpan duit belanja sekolah dia tu.... adalah barang yg dia nak beli tu... 

Senang ajer buat nasi goreng ikan ni kekawan, Lima belas minit dah siap, saya suka ajer bila mereka minta nasi goreng ikan ni sebab mudah hendak menyediakannya. Jom intai resepi yg mudah ini...

RESEPI NASI GORENG IKAN

Bahannya :-
  • Semangkuk Nasi 
  • 2 ekor ikan yg siap digoreng
  • 2 sudu besar cili merah yg siap dikisar bersama bawang
  • sedikit sayur kobis
  • kicap
Caranya :-
  1. Asing isi ikan dengan tulang, lepas tu tumbuk isi ikan tersebut, ketepikan.
  2. Tumiskan cili kisar sehingga wangi, kemudian masukan sayur kobis, kemudian letak kicap, sedikit garam, gaulkan mesra.
  3. Selepas itu baru diletakan ikan yg ditumbuk tadi, gaul mesra dengan sayur, kemudia baru dimasukan nasi. Gaul nasi dan bahan tadi sehingga mesra.
  4. Siap dihidang, boleh dimakan bersama telur dadar.