JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Nasi Kalio Burung Puyuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi Kalio Burung Puyuh. Papar semua catatan

Isnin, 17 Mac 2014

NASI KALIO BURUNG PUYUH


Assalamualaikum kekawan....

Siaran ulangan untuk entri ni... tak apa nak ulangan gambar dari entri sendiri kan kekawan... 
Atas permintaan Nabil yang teramat suka nasi warna kuning tak kira lah Nasi Beriyani, Nasi Hujan Panas ke, apa-apa nasi lah asalkan warna kuning Nabil memang suka. Kebetulan kawan di ofis ni ada jual daging Burung Puyuh, jadi saya pun mencuba resepi dari blog Masam Manis ~ Azlita. Memang sedap betul nasi ni. Suami yang kurang suka nasi minyak ni sampai tambah dua kali. Nabil jangan cerita lah memang kegemarannya. Oleh kerana kami sekeluarga suka masak Kurma, maka burung puyuh tu saya masak kurma, tidak goreng seperti Azlita.

Jom tengok apa kata Nabil..

Terbaeekk.......


Resepi copy paste dari blog Masam Manis. Minta izin ye... Azlita punya masakan memang power... ^___^


NASI KALIO BURUNG PUYUH
By : Chef Zaidah
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul

500 gm burung puyuh
4 cawan beras basmathi ~ cuci dan toskan
5 ulas bawang merah ~ dikisar
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar puri tomato
1 liter air
250 ml susu segar


Bahan Tumis
1 cm halia ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis

Bersihkan burung puyuh
Perapkan demgan bawang merah kisar, garam dan 1 sudu rempah kurma
Panaskan minyak sapi di dalam kuali
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
Masukkan baki rempah kurma dan puri tomato gaul rata
Kemudian masukkan burung puyuh dan tumis sehingga burung puyuh separuh masak.
Keluarkan puyuh
Kemudian masukkan air dan susu
Masak hingga mendidih
Masukkan beras dan perasakan dengan garam
Tanak nasi sehingga nasi masak

Puyuh tadi kita goreng dengan minyak
Hidangkan dengan nasi.