Assalamualaikum kekawan...
Alhamdulillah diberi nafas untuk kita bersua di sini... semoga kekawan ceria dan sihat selalu...
Pagi sabtu en suami terima panggilan dari saleman mengatakan bahawa kereta boleh ambil hari ini.. kebetulan en suami hanya bekerja di sekitar Shah Alam, boleh lah kami pergi mengambil kereta tu pada pukul 2pm siap katanya.. Masa tengah tengok kereta baru tu Boss Nissan tu minta kami bergambar bersama kereta Exora kami tu.. rasa sedih pulak nak berpisah dgn Exora yg telah berkhidmat dengan kami selama 5 tahun.. tapi apakan daya.. Exora itu dah mula buat ragam.. bak kata en suami dah tak larat nak maintenance Exora ni.. masa kami servis sebelum ni, adik yg servis tu kata Auto box kereta ni ada problem kena ganti baru abang.. mahal juga harga auto box ni.. ye lah kami beli Exora ni yg first keluaran.. puas dulu melayan warranty nya.. break berbunyilah... pastu aircond tak sejuklah.. pastu hon sentiasa berbunyilah.. minyak hitam leaking lah, penuh buku warranty tu selama tiga tahun waranty nya..
Akhirnya kami terpaksa membuat keputusan untuk menukarnya dengan kereta lain.. sebulanlah en suami mencari-cari kereta yg sesuai untuk kegunaan kami.. pastu mampu bayar.. ehe itu yg penting.. setelah membuat perbandingan kami bersetuju untuk mengambil Nissan Serena ni.. ada diskaun sebanyak RM8k, lepas tu ambil kereta Exora tu tinggi, dapat duit balance lagi selepas full settlement di bank.. so down paymentnya sikit jer yg perlu dibayar, sama jer harga dengan mengganti Auto Box Exora tu..
Dua gambar kereta yg diframekan sebagai kenangan.. bagus juga idea Boss Nissan yg peramah ni..
Mengapa saya memilih utk membeli MPV lagi, sedangkan anak hanya 3 orang dan masih kecik lagi, sebaiknya ambil saja kereta sedan ajer kan.. tapi kami memikirkan utk kegunaan bersama keluarga, hendaknya bila hari raya untuk berkunjung kerumah saudara mara.. mak dan abah boleh naik kereta kami, begitu juga bila kerumah mertua.. bawa mereka berjalan dengan kami.. disamping itu boleh juga adik beradik dan anak buah menumpang bersama kami... bersama menikmati rezeki dan kemudahan yg Allah anugerahkan kepada kami kan...
Alhamdulillah wa syukurillah ... tiada apa nikmat yang kami nafikan atas pemberian Mu Ya Allah...


