Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Baru sekarang dapat mencuba rempah opor yg di beri oleh blogger Gee.. pada hal masa ramadhan itu hari dah terima.. jadi masa hari ahad tempohari saya pun cuba buatnya.. Gee buat guna ayam.. tetapi dalam peti ais saya ada burung puyuh.. saya cubalah buat menggunakan burung puyuh tu.. Memang sedap kekawan , anak-anak saya pun suka..
Saya regukan dengan nasi impit ni kekawan.. feeling ala-ala hari raya pulak gitu .. tak kan hainomokje saje yg nak feeling raya dengan kuah kacang ayam dengan nasi impit yg ditayang tempoharikan... ehe :)
tak lama lagi kita akan menyambut aidiladha kan kekawan .. boleh lah kekawan mencuba pulak..
Dengan menggunakan rempah ni memang mudah kekawan.. tapi sayang rempah ni ada di Pahang saja.. Alhamdulillah Gee ada kirim 3 bungkus masa hari tu.. boleh lah pulak saya membuatnya pada hari raya haji nanti.. terima kasih banyak-banyak Gee :)
Jom intai resepi yg diberi oleh Gee tu kekawan tetapi saya ganti dengan burung puyuh..
RESEPI OPOR PUYUH
Bahannya :-
- 10 ekor burung puyuh (boleh juga ganti dgn 1 ekor ayam)
- 1 peket rempah opor 'Ubai Saji' (bancuh dgn secawan air)
- 1 sudu kerisik
- 1 mangkuk santan
- 1 keping asam keping
- sedikit minyak menumis
- garam
- daun limau purut
- 1 btg serai di ketuk
Carannya :-
- Bersihkan burung puyuh, toskan dan ketepikan.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan rempah opor yg dibancuh dengan secawan air tadi sehingga wangi.
- Masukan puyuh dan gaul rata, biarkan sehingga puyuh kecut.
- Kemudian masukan daun limau dan serai.
- Tambahkan sedikit air dan biarkan puyuh mesra dengan rempah opor seketika.
- Lepas itu masukan santan, garam dan asam keping.
- Biarkan sehingga mendidih dan tambah pula kerisik jika suka.
- Masak sehingga kuahnya pekat.
- Sedia dimakan dengan nasi, pulut, ketupat atau apa saja yg digemari..
Pemberitahuan.. pesanan Gee..
* p/s : untuk makluman, rempah opor yg k.gee guna ini sudah lengkap dengan bahan-bahan bumbu dan rempah ratusnya, jadi tidak perlu lagi bubuh bawang dll. k.gee guna jenama Ubai Saji... terkenal di Kuantan dan Pekan.


